Drama Panggil Aku Dahlia

Panggil Aku Dahlia

Nantikan drama adaptasi novel 'Panggil Aku Dahlia' karya Noor Suraya akan disiarkan bermula 28 November ini, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang di TV1 dan RTMKlik. Drama 26 episod diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan Isma Yusoof. Menampilkan gandingan pelakon utama Riena Amirah dan Razzuan Rosli selain turut dibantu Aleeya Asya, Aidit Noh, Hazrat Muaz, Eizlan Yusof dan Zila Bakarin.

Panggil Aku Dahlia

Episod: 26
Tarikh Tayangan: 28 November 2025
Waktu Siaran: Jumaat & Ahad, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Idea Asal: Noor Suraya
Penulis Skrip: Maizura Ederis & Shida Zali
Pengarah: Muhamad Ismaizal Yusoof & Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Jaja Ishak Channel Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Razzuan Rosli sebagai Wadi Hannan
Riena Amirah sebagai Putri Dahlia
Aidit Noh sebagai Farhan
Hazrat Muaz sebagai King Shah
Aleeya Farisya sebagai Tasneem
Eizlan Yusof sebagai Megat Qais
Azah Aziz sebagai Lorenda
Ruzaidi Abd Rahman sebagai Dato Maarof
Raja Azmi sebagai Datin Juhara
Zila Bakarin sebagai Tahara
Lisdawati sebagai Ustazah Munawarah
Lan Siro sebagai Murat
Putri Dellyna sebagai Sonia

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Menanti 
Penyanyi: Iman Darwisy
Komposer: Ajai

Sinopsis Panggil Aku Dahlia

Mengisahkan Puteri Dahlia, anak tunggal kepada pengusaha Ladang Teh, Megat Qais dan Puan Lorrinda. Kisah tragis dan memalukan mengenai kematian ibunya membuatkan dia menjadi seorang perempuan yang tanpa emosi, tidak mudah mempamerkan perasaan, dan seorang yang pemendam. Kerjaya yang diminatinya, arkeologis terpaksa ditinggalkan kerana ayahnya memanggilnya pulang ke Tanah Rata.

Syarikat mereka dalam keadaan kritikal dan sudah pasti Dahlia yang perlu menyelamatkannya. Tetapi kenangan mengenai tentang ibunya membuatkan dia beku, keras. Ayahnya berada di atas kerusi roda, stroke.

Pelbagai perkara berlaku selepas kepulangannya ke Tanah Rata. Pertemuan semula dengan musuh ketatnya, Wadi Hannan anak pemilik ladang teh sebelah sangat menjengkelkan. Rupanya ada peristiwa semasa sekolah yang membuatkan Dahlia mendendami pemuda itu. Tapi siapa sangka, Wadi jatuh hati pada Dahlia. Kepulangannya juga membongkar misteri di sebalik kematian ibunya.