Telefilem Disgrafia (TV1)

Disgrafia

Saksikan telefilem sempena Hari Guru bertajuk Disgrafia disiarkan pada Sabtu, 18 Mei, pukul 9 malam di TV1.

Disgrafia

Tayangan: Sabtu, 18 Mei 2024, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Mazelan Manan & Najmie Mazlee Mazelan
Pengarah: Rodzee A. Razak
Produksi: Trek Hasrat Sdn Bhd
Pelakon: Nik Adam Mikael, Qazem Nor, Shahfi Rafiq, Eiza Mustafa, Noorshida Ali, Kartina Gaus

Sinopsis Disgrafia

Nadim yang menghidap Disgrafia ingin pergi ke sekolah seperti adiknya, Nazim. Ayah mereka, Mustaqim menolak kerana malu. Cikgu Aminah, guru pencen mengajar Nadim secara peribadi di luar pengetahuan Mustaqim. Apabila Mustaqim tahu, dia marah dan memukul Nadim. Cikgu Aminah cuba memberikan nasihat kepada Mustaqim. Sempena Hari Jadi Mustaqim, Nadim menulis surat kad hari jadi kepada Mustaqim.