Drama Badai Semalam

Badai Semalam

Drama adaptasi novel popular, “Badai Semalam” karya Khadijah Hashim arahan Osman Ali yang menampilkan Sweet Qismina, Adam Lee dan Halim Radzi sebagai pelakon utama telah pun menemui penonton RTM sejak 8 April lalu, setiap hari, pukul 8.00 malam di saluran Okey dan RTMKlik.

Badai Semalam

Episod: 26
Tarikh Tayangan: 8 April 2025
Waktu Siaran: Setiap hari, 8:00 malam
Rangkaian: Okey / RTMKlik
Idea Asal: Khadijah Hashim
Penulis Skrip: Naza Manas & Farah Izzati
Pengarah: Osman Ali & Faizal Nadxaman
Produksi: Odissi Creative Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Sweet Qismina sebagai Mazni 
Adam Lee sebagai Karim
Halim Radzi sebagai Zaki
Razman Mahayuddin sebagai Rozman
Jasmin Hamid sebagai Datin Rohana
Carolyne Kamba sebagai Alina
Anwar Rusdini sebagai Iqbal 
Reyza Fenge sebagai Zuhal
Qaidah Marha sebagai Angela
Fadilah Mansor sebagai Mak Bibah
Shazia Rozaini sebagai Dora
Sharleen sebagai Azieza Sofea
Zack Zabhas sebagai Dato Haris 
Razman Mahayuddin sebagai Rozman
Izzul Faiq sebagai Asri
Ameerul Asyraf sebagai Elyaz 
Rose Julia sebagai Zea Ainun
Naza Manas sebagai Dollah 
Saliza Ali sebagai Aton
Muaz Fitrimaslan sebagai Luqman
Fahmy Reza sebagai Idris
Eddy Syamin sebagai Haris Muda
Kak Siti sebagai Mariam
Mtdin sebagai Ishak
Ayu Azlina sebagai Datin Mahani

Lagu OST
Seribu Gundah - Hariz & Wanie
Andai Itu Takdirku - Shahazwani Nafisha

Sinopsis Badai Semalam

Kisah Mazni, anak kepada pembantu rumah bernama Bibah yang bekerja dengan keluarga Tuan Harris dan Puan Rohana. Bibah, sudah begitu lama berkhidmat buat keluarga tersebut dan membesarkan Mazni setelah kematian suaminya, Idris. Namun Mazni berdepan kesukaran kerana status dirinya yang tidak mendapat kerakyatan sebagai warganegara walaupun lahir di Malaysia.

Mazni bersahabat baik dengan Zaki, kawannya sejak kecil yang begitu mengambil berat terhadapnya. Zaki berjanji akan membantu Mazni menyelesaikan isu kewarganegaraannya itu. Mazni tekad menyambung pelajaran sambil bekerja separuh masa. Jika ada kelapangan, Mazni dan Zaki akan membantu anak-anak gelandangan dan anak tidak sah taraf di sekitar Kuala Lumpur. Mereka membuka kelas dan mengajar anak-anak di situ termasuklah Zuhal dan Angela.

Hubungan akrab Mazni dan Zaki tergugat apabila Karim, anak kepada majikan ibunya mula jatuh hati kepada Mazni. Karim, seorang jurutera muda yang gemar berfoya-foya. Mazni sentiasa melayan kerenah Karim dan menjaganya dengan baik hingga Karim nekad memperisterikan Mazni. Demi menghargai Karim, Mazni mempersetujui lamaran Karim. Lagipun hatinya sudah menyukai lelaki itu.

Mazni masih meneruskan usaha mengajar Zuhal, Angela dan kanak-kanak yang lain. Mazni berkongsi masalah dialami anak-anak gelandangan itu. Zuhal ditahan kerana membunuh ayahnya yang kerap memukul ibunya. Manakala Angela pula diculik dan dibutakan matanya untuk disuruh meminta sedekah.

Usaha Mazni bersama Zaki untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan akhirnya berjaya. Namun mereka dikejutkan dengan kematian Bibah yang tidak sempat menerima berita baik tersebut.

Perhubungan Mazni dan Karim mendapat tentangan hebat daripada Puan Rohana yang malu kerana anaknya bakal berkahwin dengan anak orang gaji. Mazni juga difitnah mengandung. Karim nekad memperisterikan Mazni dan akhirnya mereka dihalau keluar dari rumah oleh Puan Rohana.

Perkahwinan mereka bahagia. Namun kebahagiaan itu tidak lama. Muncul Azizah, bekas teman wanita Karim yang menabur fitnah. Sementara itu Karim juga termakan hasutan kawan-kawannya untuk hidup berfoya-foya. Sedangkan Mazni berjuang memberi penumpuan terhadap peperiksaan akhirnya.

Sementara itu Zaki yang sudah pun bertugas sebagai doktor pelatih. Persahabatan Mazni dengan Zaki sebenarnya amat dicemburui oleh Karim. Hingga satu hari Mazni cedera dipukul oleh Karim. Namun Mazni nekad meminta cerai. Karim kecewa dengan permintaan Mazni bertindak di luar kawalan memandu kereta hingga terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Dengan bantuan Zaki, Mazni mewujudkan satu pondok kecil untuk membela nasib anak-anak gelandangan menuntut ilmu. Dalam kekosongan itu, Mazni tidak terus menerima kehadiran Zaki sebagai teman hidupnya. Mazni pergi jauh ke luar negara mengejar impian dan cita-citanya. Namun masihkah ada jodoh antara keduanya?

Sinopsis Novel Badai Semalam

Mengisahkan kehidupan gadis remaja, Mazni yang tinggal bersama-sama ibunya yang uzur di rumah Encik Haris. Ibu Mazni iaitu Mak Bibah, merupakan bekas orang gaji kepada keluarga Encik Haris dan Cik Rohana. Mazni yang sedang belajar terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja. Mazni memerlukan wang untuk mengubati penyakit ibunya. Mazni bersahabat baik dengan Zaki, seorang pelajar bidang perubatan di Universiti Singapura. 

Suatu hari, anak Encik Haris iaitu Karim terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke hospital. Semasa terlantar di hospital, tiada kawan yang datang menziarahinya dan keadaan ini menyebabkan Karim insaf atas perbuatannya yang suka berfoya-foya. Hanya Mazni yang sering mengunjunginya sewaktu terlantar di hospital. 

Dalam diam-diam terbit perasaan cinta di hati Karim terhadap Mazni, yang begitu luhur hatinya. Mazni terpaksa mengorbankan cintanya terhadap Zaki dan menerima cinta Karim yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin.

Bahagia datang cuma seketika. Badai datang melanda lagi tetapi Mazni terus berjuang untuk mencari kebahagiaan diri. Mampukah dia terus menempuh hidup dalam dunia yang serba mencabar ini?

Badai Semalam