Filem Geng Kubur

Geng Kubur

Nantikan filem seram berjudul 'Geng Kubur' akan ditayangkan di panggung wayang Malaysia mulai 25 April 2024. Filem arahan Gavin Yap ini menampilkan barisan pelakon-pelakon muda seperti Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki, Lion Chong dan Sasidaran selaku teraju utama.

Geng Kubur

Tarikh Tayangan: 25 April 2024
Idea Asal: Gavin Yap Gavin Yap
Penulis Skrip: Gavin Yap & Honey Ahmad
Pengarah: Gavin Yap
Produksi: Iron Hill Media Sdn Bhd

Watak Pelakon
Firdaus Sufiyan sebagai Firhan
Mia Sara Shauki sebagai Melati
Lion Chong sebagai Fang Liang
Sasidaran sebagai Prem
Nabil Zakaria sebagai Mus
Nadia Aqilah sebagai Nurul (ibu Firhan)
Muhammad Saif sebagai Firham (kecil)
Mia Sabrina Mahadir sebagai Hantu Hutan
Amir Ameezan sebagai Amir (ayah Firhan)
Ghafir Akbar sebagai Kaunselor
Grace Ng sebagai Ibu Fang Liang
Terry Gallyot sebagai Ayah Fang Liang
Charles Roberts sebagai sebagai Ramu
Bella Rahim sebagai Hantu Kopek
Mogan Chandra Dass sebagai Ayah Prem
N. Dharshini C. Nadarajah sebagai Ibu Prem

Sinopsis Geng Kubur

Mengisahkan tentang empat orang sahabat baik - Firhan, Fang Liang, Prem dan Melati yang menjadikan kubur tempat lepak mereka (kubur bukan muslim).

Firhan yang kehilangan ibu akibat kemalangan 10 tahun lalu, masih tidak dapat melupakan ibunya dan dia sering bergaduh apabila emosinya terganggu.

Dia merasakan mimpinya adalah reality dan percaya ibunya masih hidup dan telah mengajak kawan-kawannya pergi ke tempat kejadian untuk mencarinya.

Semasa berada di hutan, pemikiran mereka telah dimanipulasi dan mereka mengalami pelbagai kejadian aneh yang menakutkan.