Filem Sayu Yang Syukur

Sayu Yang Syukur

Diterbitkan syarikat Nusanbakti Production, Sayu Yang Syukur merupakan filem kedua arahan Aaron Aziz selepas Romeo Kota. Sayu Yang Syukur merupakan sebuah filem konflik percintaan penuh dramatik yang turut menampilkan Aaron Aziz selaku pelakon, selain Nora Danish dan Arja Lee sebagai teraju utama. Filem Sayu Yang Syukur bakal ditayangkan di pawagam mulai 28 Disember 2023.

Sayu Yang Syukur

Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2023
Pengarah: Datuk Aaron Aziz
Produksi: Nusanbakti Production

Barisan Pelakon
Aaron Aziz sebagai Qudaim
Nora Danish sebagai Liyana
Arja Lee sebagai Jefri
Dato Ahmad Tamimi Siregar
Raja Emma
Kismah Johar
Mohd Khafairie 
Nabilah Maisyrah
Sariyanti

Sinopsis Sayu Yang Syukur

Kepulangan Liyana ke Kuala Lumpur daripada kampung pada suatu senja adalah titik mula kisah tragik hidupnya apabila kereta yang dipandu terbabas ke cerun setelah melanggar tayar yang terjatuh dari lori ketika hujan lebat mencurah. Secara kebetulan Qudaim (Aaron Aziz) dan Adam menyedari kereta Liyana yang berada di cerun bergegas turun dan memeriksa keadaan walaupun mereka masih berada di bawah pengaruh bahan terlarang. Adam mencapai minuman yang telah diletakkan ubat khayal lalu diberikan kepada Liyana. Bagai jatuh di timpa tangga, Liyana yang separuh sedar kerana kemalangan dan mamai dengan air khayal telah dibawa ke sebuah resort maka terjadilah perkara yang memilukan.

Di pejabat Liyana merasa sayu dan buntu kerana selama ini dia adalah individu yang bertanggungjawab membantu dan menasihatkan mangsa-mangsa rogol, tetapi kini situasi itu berlaku pula kepadanya. Tahap keyakinannya menurun dan pelbagai tanggapan muncul di kepala andainya dia disahkan hamil. Nama keluarga di kampung, maruah Yayasan dan nama baiknya pasti tercemar jika laporan polis dibuat dan berita dinodai diketahui. Jefri (Arja Lee) rakan sepejabat yang selama ini menaruh hati kepadanya pula tetap sabar menagih cinta Liyana tetapi Liyana masih merahsiakan kisah memalukan itu daripada Jefri.

Mampukah hati Liyana terbuka untuk menerima cinta, dan apakah kesudahan konflik yang akan berlaku di antara mereka?