Kes Seksyen 420 (TV2)

Kes Seksyen 420

Saksikan telefilem Kes Seksyen 420 terbitan Pocketplay Sdn Bhd pada 11 Disember ini, Isnin pukul 9 malam di TV2 atau strim di RTMKlik.

Kes Seksyen 420

Waktu Siaran: Isnin, 11 Disember 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Idea Konsep: Shanker Ragaven
Skrip: Shanker Ragaven & Epy Kodiang
Pengarah: Shanker Ragaven
Produksi: Pocketplay Sdn Bhd
Pelakon: Fikhree Bakar, Jiggy Masin, Azim Yusof, Khairul Idlan, Shweta Sekon, Rosya Dean

Sinopsis Kes Seksyen 420

Dua orang sahabat, Faris dan Lokman bercita-cita menjadi usahawan berjaya. Faris seorang pereka web mencipta 1 aplikasi yang berpotensi dimajukan. Mereka mencari pelabur dan rakan kongsi untuk mengembangkan aplikasi tersebut. Seorang lagi rakan mereka Dr. Haziq memperkenalkan Ridwan, seorang usahawan yang nampak hebat, tetapi sebenarnya dibelengu hutang. Faris, Lokman, Haziq dan Ridwan bergabung mewujudkan satu peluang perniagaan ala ‘Multi Level Marketing’.