Filem Dalang

Dalang

Saksikan filem 'Dalang' arahan Nik Amir Mustapha mulai 20 Disember di Tonton. Muat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my.

Dalang

Tarikh Tayangan: 20 Disember 2023
Penulis Skrip: Hadi M. Nor
Pengarah: Nik Amir Mustapha
Produksi: Lumatic Films

Watak Pelakon
Luqman Hafidz sebagai Zain
Liyana Jasmay sebagai Ayu
Aziz M.Osman sebagai Ikhlas
Arash Mohamad sebagai Dato’ Pin
Wan Raja 
Idan Aedan
Yuyun Hikmah
Hilal Azman
Fadhli Masoot
Nesa Idrus
Megat 'Adli
Imuda

Sinopsis Dalang

Zain (Luqman Hafidz) merupakan seorang wartawan yang sering membongkar aktiviti jenayah kolar putih dalam laporan beritanya. Satu hari, dia didatangi oleh satu kumpulan bebas yang selalu membantu mangsa penindasan dan salah guna kuasa yang diketuai oleh Ikhlas (Aziz M.Osman). Ikhlas merupakan seorang ahli perniagaan dan pendakwah terkenal di kalangan penduduk setempat. Ikhlas juga menjalankan kegiatan atau operasi rahsia yang diketuai oleh Ayu (Liyana Jasmay).

Pertemuan Zain, Ayu dan Ikhlas bertujuan untuk mendedahkan rahsia seorang tokoh yang dikenali sebagai Dato’ Pin (Arash Mohamad). Di samping menjadi seorang wakil rakyat, Dato’ Pin rupanya ada sisi gelap.