Drama X-Change (Astro Originals)

X-Change

Astro mempersembahkan ‘X-Change’, sebuah karya terbitan Astro Shaw yang memaparkan kisah remaja yang terpaksa terlibat dalam perbuatan jenayah keluarganya. Siri premium Astro Originals ini bakal bersiaran pada 12 Julai 2024, bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO, sertajam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan jam 9.30 malam di Astro AEC (saluran 306).

Penceritaan menerusi 10 episod ini adalah hasil ciptaan Lemuel Ong, juga selaku showrunner yang sebelum ini mengetuai Unit Kandungan Malaysia untuk Astro Gempak dalam memenangi filem pendek Malaysia, Kampung Malar. Diarahkan oleh sutradara Norhanisham Muhamad atau lebih dikenali sebagai “Labu”, siri ini menyaksikan kali pertama Labu mengarahkan siri premium.


X-Change

Episod: 10
Tarikh Tayangan: 12 Julai 2024
Waktu Siaran: Jumaat, 9 malam
Rangkaian: Astro Premier, Astro GO, Sooka
Penulis Skrip: Lemuel Ong
Pengarah: Norhanisham Muhammad (Labu)
Produksi: Astro Shaw / Radius One

Watak Pelakon
Rosyam Nor sebagai Yakob
Arfie Shah sebagai Khalif
Joey Leong sebagai Lilian
Hariz Hamdan sebagai Qabil
Sadiq M. Jamil sebagai Capik
Steve Yap sebagai Jay
Marisa Yasmin sebagai Mariam
Angeline Tan sebagai Yi Ling
Alvin Wong sebagai Foong
Shweta Sekhon sebagai Divia

Sinopsis X-Change

Mengisahkan Khalif yang baru tamat persekolahan, ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama kekasihnya, Lilian. Namun apabila bapanya terlibat dalam kemalangan, Khalif terpaksa mengambil alih “bisnes” keluarganya iaitu merompak kedai emas bersama abangnya, Qabil dan Capik. Tanggungjawab Khalif terhadap keluarganya telah mengheret Khalif semakin terjebak dalam dunia penjenayahan sehingga satu rahsia terbesar keluarganya terbongkar. 

X-Change