Takkan Terlerai (TV1)

Takkan Terlerai

Saksikan telefilem Takkan Terlerai arahan Isma Yusoof pada 2 Disember ini, Sabtu pukul 10 malam di TV1.

Takkan Terlerai

Waktu Siaran: Sabtu, 2 Disember 2023, 10:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Isma Yusoof
Produksi: Kembara Sufi Sdn Bhd
Pelakon: Zahiril Adzim, Mohd Haridz Suhaile, Syafikah Sofia Syed Hussein, Susila Devi, Yap Leong Chai (Steve Yap)

Sinopsis Takkan Terlerai

Ikuti kisah suka dan duka yang mengisahkan pengorbanan seorang abang iaitu Afiq yang menjaga adik istimewa, Irfan yang pekak dan bisu setelah kematian ibu bapa mereka. Irfan dan Afiq berkomunikasi berdua dan orang keliling dengan menggunakan Bahasa Isyarat. Afiq bekerja di kafe dan membuat kerja sambilan melukis serta menjual lukisan bagi menyara kehidupan mereka berdua. Irfan bercita-cita untuk mmenjadi olahragawan terkenal dan meminati sukan badminton. Afiq duduk menyewa di sebelah rumah wanita berbangsa India yang selalu mengambil berat tentang Afiq da Irfan. Afiq telah berkenalan secara tidak sengaja yang mencari pelukis mural. Aira juga banyak membantu Afiq dalam megembangkan bakat seni lukisnya.