Gadis Kampung Paling Popular

Gadis Kampung Paling Popular

Ulangan telefilem Gadis Kampung Paling Popular arahan Eyra Rahman pada 21 Oktober 2023, Sabtu pukul 10 malam di TV3. 

Gadis Kampung Paling Popular

Waktu Tayangan: Sabtu, 21 Oktober 2023, 10:00 malam 
Rangkaian: Cerekarama TV3
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Nuansa Sdn Bhd
Pelakon: Janna Nick, Azad Jazmin, Vicha Saywho, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Daim Jailani, Aizat Hassan, Firdaus Nadxaman

Sinopsis Gadis Kampung Paling Popular

Kisah Maya Maya seorang gadis kampung yang cantik dan suka menyanyi tetapi pemalu.Maya baru berhijrah ke bandar dan bertemu dengan pekerja butik milik bapa saudaranya, Safidah, yang juga mula mengubah hidup Maya kepada gadis urban yang bergelar Lady Wawa. Ibunya di kampung, Cik Eton mahu menyatukan anaknya dengan seorang ahli perniagaan di kampungnya. Namun, Maya menolak. Panggilan Lady Wawa dan gaya hidupnya disorok daripada pengetahuan keluarganya.

Bermulalah kehidupan Maya sehingga dia menjadi bintang YouTube yang terkenal sehingga ke pengetahuan Azad. Azad menyukai Maya dalam diam dan dia menyatakan bahawa Lady Wawa yang popular itu adalah contoh insan yang tidak jujur. Maya yang berkecil hati kerana Lady Wawa itu adalah dirinya, pergi membawa diri dan bersedih. Adakah Azad akan mengetahui hal sebenar?