Filem Hilang

Hilang

Saksikan filem Hilang mulai 18 Oktober 2023, hanya di Tonton. Muat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my

Hilang

Tarikh Tayangan: 18 Oktober 2023
Pengarah: ZH Emdee
Produksi: Ummah Prima Network

Barisan Pelakon
Tajul Arif sebagai Uzair
Hazwani Helmi sebagai Farah
Khir Rahman
Rosnah Johari
Heliza Helmi
Ropie Cecupak
Bell Ngasri

Sinopsis Hilang

Sejak kecil lagi, Uzair (Tajul Arif) tertanya-tanya kenapa dirinya tinggal bersama datuk dan nenek. Dia tidak mendapat penjelasan yang jelas di mana ayahnya berada. Datuknya juga enggan bercerita, yang ada hanyalah kubur ibunya sahaja. Namun, Uzair berjanji untuk mencari jawapan kehilangan ayahnya yang misteri itu. Membesar dengan barangan milik peninggalan ayahnya iaitu sebuah mesin taip lama dan buku catatan yang penuh dengan puisi-puisi indah terutamanya berkisarkan laut dan penyu, Uzair percaya bahawa ayahnya seorang individu yang baik dan sangat menyayanginya. Namun persoalannya kini: kemanakah ayahnya menghilang?