Filem Vik2ria Secret

Vik2ria Secret

Nantikan filem Vik2ria Secret arahan A.R. Badul bakal tayang di pawagam bermula 15 Jun 2023.

Vik2ria Secret

Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2023
Idea Asal: A.R. Badul & Annie Arifin
Penulis Skrip: Rosnie Yat Aedil Mohd
Pengarah: A.R. Badul
Produksi: Sheunik Sdn Bhd
Pelakon: Annie Arifin, Ropie Cecupak, A.R. Badul, Man Raja Lawak, Farez Adnan, Fiza Halim, Wan Gegau, Keena Mentor

Sinopsis Vik2ria Secret

Menceritakan mengenai Viki (Annie Arifin) iaitu seorang anak yatim piatu yang pergi ke Kampung Honi dalam kegembiraan, namun berdepan perjalanan penuh dugaan.

Dia bertemu Ria (Keena Mentor) dan menjadi kawan karib sehingga membuka butik pakaian dalam wanita yang diberi nama 'Vik2ria Secret'. 

TOK KK, ketua kampung dan Cross Dresser sedang rancak mahu bertanding untuk wakil tempatan (YB) dan seteru mereka ialah Zamri. Peluang cerah muncul buat Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik tersebut. 

Pelbagai kontroversi menyebabkan Tok KK bertindak tidak rasional dan menimbulkan kemarahan Viki yang kurang senang kenapa dia dan butiknya menjadi sasaran Tok KK, kononnya tindakan mereka mempunyai agenda yang merosakkan akhlak penduduk kampung.