Astro Originals yang sinonim dengan kualiti premium untuk drama bersiri telah mencetuskan fenomena tersendiri dengan membawakan pelbagai cerita dan genre seperti High Council, One Cent Thief, LIAR serta KUDETA. Bakal menyusul di bawah jenama yang sama ialah JACK YUSOF, sebuah naskhah yang sarat dengan gelagat lucu dan mencuit hati, dari pengarah drama kegemaran keluarga Malaysia – ‘I-Tanggang’, ‘Keluarga Iskandar’ dan ‘Kampung People’, iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Jack Yusof menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama menerusi drama bersiri selepas lebih 10 tahun. Datuk Rosyam membawakan watak komedi sebagai Jack Yusof iaitu seorang aktor senior yang popular, namun masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan suntikan botox. Walaupun hidup dalam kemewahan dan digilai ramai, tetapi Jack banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuklah meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika masih bayi. Selepas beberapa tahun, Aida tiba-tiba muncul menghubungi Jack dengan satu tujuan.
Selain Rosyam, siri ini dibintangi Sharifah Husna, Raja Ema, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Fadlan Hazim, Adriana Adnan, Loganathan Kanabathy, Syed Muhammad Baqir, Uncle Samsuri dan tidak ketinggalan penampilan istimewa oleh Che Puan Sarimah Ibrahim, Raja Azura, Zain Hamid, Angeline Tan, Zarina Anjoulie, Steve Yap, Taufik Hanafi, Dian Fernandez, Maca (Marsya), Haidar Hasanuddin dan Amy Nur Tinie.
Drama 8 episod ini akan mula menemui penonton di platform On Demand dan Astro GO bermula 17 Jun, setiap Sabtu bermula jam 12 tengah malam dan di Astro RIA saluran 104 bermula 26 Jun, setiap Isnin, jam 9.00 malam.
Jack Yusof
Episod: 8
Genre: Komedi Kekeluargaan
Penulis Skrip: Wan Hasliza Wan Zainuddin & Zuli Ismail
Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin
Dipersembahkan oleh: Astro Shaw
Syarikat Produksi: KL Motion Pictures Sdn Bhd
Tarikh Tayangan di On Demand: 17 Jun 2023
Tarikh Tayangan di Astro RIA: 26 Jun 2023
Barisan Pelakon
Rosyam Nor sebagai Jack Yusof
Sharifah Husna sebagai Aida
Raja Ema sebagai Salina
Rashidi Ishak sebagai Rahmat
Hafiz Halim sebagai Zain
Fadlan Hazim sebagai Syafiq Aidan
Adriana Adnan sebagai Suzy
Loganathan Kanabathy sebagai Ramesh
Syed Muhammad Baqir sebagai Firdaus
Samsuri Shahrom sebagai Tok Anjang
Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Che Puan Sarimah Ibrahim
Raja Azura sebagai Rakmama
Angeline Tan sebagai Bos Aida
Steve Yap sebagai Director
Zain Hamid sebagai Assistant Director
Dian Fernandez sebagai Princess Lemuri
Kismah Johar sebagai Kismah Johar
Maca (Marsya) sebagai Peminat Syafiq Aidan
Haidar Hasanuddin sebagai Jack Yusof Muda
Amy Nur Tinie sebagai Suraya
Taufik Hanafi sebagai Banduan
Zarina Anjoulie sebagai Isteri ke-3 Jack Yusof
Sinopsis Jack Yusof
Jack Yusof, 52, seorang bintang filem terkenal yang berusia namun masih kelihatan muda kerana kerap gunakan Botox. Walaupun kaya dan digilai ramai wanita, Jack banyak lakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuk meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika dia masih bayi.
Beberapa dekad berlalu bila Aida tiba-tiba muncul dan hubungi Jack untuk jadi walinya di majlis pernikahannya nanti. Jack berat hati namun bersetuju untuk bertemu semula dengan Aida dan keluarga Aida. Perjumpaan singkat itu menggerakkan hati Jack untuk lebih terlibat dalam kehidupan Aida, sehingga dia sanggup membeli dan berpindah ke rumah di sebelah rumah Aida. Walau bagaimanapun, tindakan Jack menyebabkan kegelisahan dan kehuru-haraan kepada bekas isterinya, Salina, dan suaminya Rahmat, yang telah membesarkan Aida sejak ketiadaan Jack.
Dalam usaha Jack untuk memperbaiki hubungannya dengan Aida, dia berdepan dengan kesilapan dan penyesalan masa silamnya dan belajar erti sebenar kekeluargaan, cinta dan kemaafan. Siri ini meneroka dinamik sistem keluarga, pertumbuhan peribadi, dan keampunan.