Scammer Geng Marhaban

Scammer Geng Marhaban

Gempak Originals Series terbaharu Scammer Geng Marhaban membawakan genre komedi dengan tema ‘heist’ dan penipuan berlatar belakangkan komuniti di sebuah kampung. Drama bersiri 8 episod ini diarahkan Waan Hafiz, menampilkan bakat-bakat baru seperti Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled.

Saksikan Scammer Geng Marhaban bermula 4 Mei di Astro Ria, saluran 104, setiap hari Khamis, jam 11 malam. Penonton juga boleh saksikan secara strim di platform Astro GO ataupun On Demand.

Scammer Geng Marhaban

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 4 Mei 2023
Waktu Siaran: Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria & Astro Go
Penulis Skrip: Sham Hashim
Pengarah: Waan Hafiz
Produksi: The Pongkes Sdn Bhd
Pelakon: Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann, Qistina Khaled, Watie Sadali, Ozlynn, Didi Astillah, Mak Engku

Watak Pelakon
Amir Ahnaf sebagai Aidil
Lorenzo Irmann sebagai Adib
Qistina Khaled sebagai Maya / Fifah
Watie Sadali sebagai Hajah Quyah

Sinopsis Scammer Geng Marhaban

Mengisahkan dua adik beradik yang tidak sehaluan, Aidil dan Adib. Namun apabila ibu mereka Hajah Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka. 

Sepanjang memburu ‘si scammer’, banyak insiden yang berlaku termasuklah jerat percintaan di antara Aidil dan Adib terhadap seorang gadis.