Drama Cikgu Terpaling A (TV3)

Cikgu Terpaling A

Nantikan siri mini raya Cikgu Terpaling A! lakonan Izzue Islam, Zamarul Hisham, Scha Elinnea dan ramai lagi akan disiarkan pada Hari Raya Pertama hingga Raya Ketujuh pukul 10:30 pagi di TV3.

Cikgu Terpaling A

Episod: 7
Tarikh Tayangan: 22 April 2023
Waktu Siaran: Raya Pertama-Raya Ketujuh, 10:30 pagi
Rangkaian: TV3 / Disney+ Hotstar
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd
Lagu OST: Goyang - Da Unknown

Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Cikgu Wira
Zamarul Hisham sebagai Cikgu Johan
Scha Elinnea sebagai Cikgu Rose
Afifah Nasir sebagai Zalina
Mark Adam sebagai Tahir
Cik B sebagai Zetty
Razak Ahmad sebagai Pak Kamal
Amyza Aznan sebagai Mak Leha
Haikal Hakimi sebagai Rosli
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Agus
Enot sebagai Halimaton
Rosli Rahman Adam sebagai Wak
Joey Daud sebagai Kassim

Sinopsis Cikgu Terpaling A

Cikgu Wira adalah seorang orang guru di sekolah Sri Gemilang di sebuah kampung. Dia adalah guru cemerlang yang sering dinobatkan dengan pelbagai anugerah dan gelaran yang terpuji di sekolah. Sehinggalah seorang guru baru bernama Cikgu Johan masuk ke sekolah itu. Kini, Cikgu Wira ada pesaing baru! Berbeza pada tahun ini, mereka berdua giat bertanding menunjukkan prestasi yang terbaik bagi memenangi sebuah anugerah istimewa. Bukan itu sahaja, mereka berdua juga berlumba untuk mencuri perhatian dan cinta Cikgu Rose. Namun, mereka tetap bertanggungjawab dan tidak pernah mengabaikan isu dan masalah disiplin pelajar. Dalam persaingan sengit antara Cikgu Wira dan Johan ini, pelbagai kisah dan insiden lucu yang terjadi meriuhkan satu kampung Gemilang!