Drama Cyber 999 (TV1)

Cyber 999

Diilhamkan daripada buku Kisah Benar Cyber999 terbitan CyberSecurity Malaysia (CSM), drama Cyber999 merupakan hasil karya melalui inisiatif Dana Kandungan Kreatif yang disalurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS Malaysia).

Siri drama ini akan memaparkan 26 insiden berkaitan keselamatan siber melalui kisah benar berdasarkan laporan yang dibuat oleh pengguna Internet ke Pusat Bantuan Cyber999. Drama terbitan AMK Creative Media Sdn Bhd sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2023, Edisi Malaysia.

Cyber999 akan ditayangkan bermula 4 Mac sehingga 28 Mei 2023, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 12.30 tengah hari menerusi saluran TV1, RTM.

Drama yang memaparkan pelbagai modus operandi jenayah siber ini, mampu memberi kesedaran kepada penonton agar tidak diperdaya dan menjadi mangsa seterusnya memupuk nilai-nilai etika, integriti dan sikap kebertanggungjawaban dalam menggunakan teknologi dan Internet.

Cyber 999

Episod: 26
Tarikh Tayangan: 4 Mac - 28 Mei 2023
Waktu Siaran: Sabtu & Ahad, pukul 12.30 tengah hari
Rangkaian: TV1 RTM
Penulis Skrip: Puovin, Tommy Loh, Intan Zarina
Pengarah: Fahizal Abdullah
Produksi: AMK Creative Media Sdn Bhd
Pelakon: Sharifah Radziah, Badsham Harun, Nasrizal Yap, Rizal Rahman, Fathimah Azzahra Ahmad

Sinopsis Cyber 999

Episod 1 : Menampilkan isu Peras Ugut Siber Menerusi Kenalan Media Sosial.
Episod 2 : Menampilkan isu Pemalsuan Profil Media Sosial