Drama Malam Zulaikha (TV3)

Malam Zulaikha

Nantikan drama seram 'Malam Zulaikha' terbitan Tanah Beris Film Production di slot Samarinda TV3. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua, hasil nukilan skrip oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil dan menampilkan pelakon seperti Sweet Qismina, Adam Lee, Fiza Thomas, Amyza Aznan, Vanidah Imran dan ramai lagi. Drama Malam Zulaikha bakal disiarkan di slot Samarinda mulai 8 Jun 2023, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan strim langsung di www.tonton.com.my

Malam Zulaikha

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3/ tonton
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production

Watak Pelakon
Sweet Qismina sebagai Zulaikha
Adam Lee sebagai Izmir
Maria Farida sebagai Mustika
Amyza Aznan sebagai Suria
Ku Faridah sebagai Engku Salbiah
Fiza Thomas sebagai Farah
Rahim Jailani sebagai Rahim
Dilla Ahmad sebagai Juhara
Vanidah Imran sebagai Wangi
Rasyidah Jaapar sebagai Mak Som
Syahmie Thsaqeef sebagai Haikal
Mikael Noah sebagai Adib
Danny Shah sebagai Damia
Zalela Kadir sebagai Anum
Azhar Amir sebagai Ali
Zalfa Zin sebagai Mak Som (Muda)
Fadzil Abdul Aziz sebagai Pak Hassan
Syahmimi Kaman sebagai Mi
Aisy sebagai Tok Bomoh
Damia Qaissara sebagai Zulaika (Kecil)
Aiman Minsi sebagai Buyung

Sinopsis Malam Zulaikha

Menceritakan tentang kehidupan Zulaikha yang berubah kerana pendamping yang hadir akibat perjanjian yang dibuat oleh ibunya. Bagi merungkai misteri pendamping tersebut, Zulaikha telah pulang ke kampung untuk mencari segala jawapan.

Zulaikha (Sweet Qismina), seorang pelajar tahun akhir di sebuah kolej sering mengalami gangguan mistik sejak usianya menginjak 20 tahun. Pelbagai perkara aneh yang berlaku sehingga membuatkan Zulaikha menjadi seorang yang pesimis dan suka menyendiri. Dek kerana semakin hilang arah dengan kehidupan, Zulaikha terpaksa mencari jalan untuk melepaskan diri daripada gangguan misteri yang dihadapinya.

Setelah mengetahui keadaan Zulaikha, Izmir (Adam Lee) telah membawa Zulaikha untuk bertemu bapanya yang merupakan seorang pakar dalam ilmu perubatan Islam. Zulaikha dikatakan didampingi saka dan dinasihatkan untuk pulang ke kampung bagi mengungkap kebenaran di sebalik saka yang mengikutinya itu. Walau bagaimanapun, lebih banyak persoalan yang timbul apabila dia cuba untuk mendapatkan kehidupannya yang dahulu.

Lebih bingung lagi apabila ibu Zulaikha, Suria (Amyza Aznan) telah meninggal dunia secara misteri sebelum dia sempat menceritakan rahsia pendamping itu. Apakah misteri di sebalik pendamping yang mengikuti Zulaikha? Apakah pengakhiran kepada kisah Zulaikha yang sedang mencari jawapan tentang gangguan mistik tersebut?

Malam Zulaika