Drama Dinasari (TV2)

Dinasari

Jangan lupa saksikan drama bersiri Dinasari bermula pada 20 Februari 2023, setiap hari Isnin dan Selasa pukul 8.00 malam di TV2.

Kisah cinta antara dua zaman yang berbeza, tapi dari susur galur darah yang sama, apakah kesudahannya?

Dinasari

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Selasa 8.00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Penulis Skrip: Haswida Abu Bakar
Pengarah: Hasnul Hadi
Produksi: Sixbase Resources Sdn Bhd
Pelakon: Zera Haris, Muaz Fitri, Hanna Aqeela, Azman Jantan, Dilla Ahmad, Syean Mokhtar, Han Budak Cina, Lenny Jemat, Tengku Tieya

Watak Pelakon
Zera Hariz sebagai Tian / Dinasari
Muaz Fitri sebagai Ryan / Wan Rajuna

Sinopsis Dinasari

Seorang gadis yang skeptikal tentang sejarah legenda Mahsuri. Dia telah 'dihantar' mindanya kembali ke tahun 1700-an sebagai Dinasari, gadis yang sedang dipersiapkan untuk diserahkan kepada Raja Siam sebagai isteri ke-11.