Nantikan drama adaptasi novel Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afiera Malik akan menggantikan drama Serpihan Sayang di slot Samarinda TV3.
Drama bersiri 40 episod terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Pali Yahya. Dibintangi oleh Janna Nick, Hisyam Hamid, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi.
Saksikan Bukan Puteri Lindungan Bulan mulai 21 Mac 2023 pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam di TV3 atau strim di platform penstriman iQIYI bermula jam 11 malam.
Bukan Puteri Lindungan Bulan
Episod: 40
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Nasz Sally, Annie Mosha, Nizam Kama, Danish Iskandar
Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Larasati Aisya
Hisyam Hamid sebagai Zafir
Amar Baharin sebagai Zakuan
Niena Baharun sebagai Farah
Afifah Nasir sebagai Sabrina
Shah Iskandar sebagai Lukman
Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza
Sinopsis Bukan Puteri Lindungan Bulan
Memaparkan perit jerih kehidupan seorang gadis yang bernama Larasati Aisya (Janna Nick).
Dia yang juga dikenali sebagai Lara atau Puteri sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dek rasa benci dan nasib malang.
Pemergian bapanya menyebabkan dia terpaksa berhenti seketika daripada pelajarannya. Tugas menguruskan perniagaan yang ditinggalkan arwah bapanya menjadi tanggungjawabnya.
Perkahwinan abangnya, Lukman (Shah Iskandar) dengan Sabrina (Afifah Nasir) ternyata membangkitkan masalah bagi Lara. Dia tidak sebulu dengan Sabrina.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila Sabrina yang turut bekerja di syarikat perniagaan Lara bertindak membawa saudara maranya masuk bekerja di situ.
Dugaan hidup Lara bertambah perit dengan pemergian seorang lagi insan yang tersayang. Ibarat jatuh ditimpa tangga pula, fitnah jahat serta kehadiran Farah (Niena Baharun) turut mengganggu perhubungan Lara dengan suaminya, Zafir (Hisyam Hamid).
Larasati Aisya yang juga dikenali sebagai Puteri terpaksa meninggalkan sekolah undang-undang demi mengurus perniagaan arwah bapanya. Lara tidak menyukai isteri abangnya Lukman, Sabrina yang mengambil kesempatan atas kekayaan keluarga.
Nasibnya berubah apabila dirogol oleh Zakuan, tetapi teman lelakinya Zafir tetap mengahwininya kerana cinta. Ini menjadi lebih rumit apabila Lara mengandung dan Zafir ragu-ragu dengan status anak itu, mendorongnya untuk mengahwini Tengku Farah tanpa kebenarannya. Farah mengawal Zafir dan anak-anak mereka dipisahkan dari Lara. Lara kini mesti tabah dalam mencari anak-anaknya.