Drama Alice Kampung Baru

Alice Kampung Baru

Saksikannya drama bersiri Alice Kampung Baru arahan Liyana Jasmay secara eksklusif di Tonton bermula 11 Disember 2023. Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my.

Alice Kampung Baru

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 11 Disember 2023
Penulis Skrip: Faten Syamimie
Pengarah: Liyana Jasmay
Produksi: Mermaid Studios

Watak Pelakon
Amelia Christie sebagai Alice
Sky Iskandar sebagai Rico
Serra Kamal sebagai Ria
Alif Muhaimin sebagai Hilmi
Sharifah Rose sebagai Siska
Muntazar Ghufran sebagai Alif
Aniq Durar sebagai Raz
Shafiq sebagai Rudy
Sazzy Falak  sebagai May
Mustaqim Bahadon sebagai Mikhail

Sinopsis Alice Kampung Baru

Menceritakan tentang sekumpulan budak skate di Kampung Baru.

Alice (Amelia Christie) dan ibunya, May (Sazzy Falak) baru berpindah ke Kampung Baru bagi mencari nafas baru dengan harapan untuk lari daripada masalah dan kehidupan lamanya.

Alice berkawan dengan Ria (Serra Kamal) dan Siska (Sharifah Rose), remaja di Kampung Baru yang mempunyai masalah mereka tersendiri. Ria berdepan masalah bapa tirinya yang pemarah dan Siska pula miskin sehingga perlu mencuri makanan.

Sebagai gadis yang baru tiba di bandar besar, Alice kasihan melihat nasib kawan-kawan barunya dan ingin membantu menyelesaikan masalah mereka.

Pada masa yang sama, Alice menaruh minat pada seorang pemuda bermasalah di kawasan kejiranannya bernama Raz (Aniq Durar).