Telefilem Raju (TV2)

Raju TV2

Saksikan telefilem Raju arahan Pali Yahya pada 5 Disember ini, Isnin pukul 9 malam di tv2.

Raju

Waktu Siaran: Isnin, 5 Disember 2022, 9:00 malam 
Rangkaian: RTM TV2
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: -
Pelakon: Thieran Gabriel, Hasnul Rahmat, Syed Irfan, Fazlina Ahmad Daud, Susila Devi, Nita Krishnan, JC Lim

Sinopsis Raju

Dua sahabat baik iaitu Rama dan Selamat dalam sebuah bot sedang memancing. Tiba-tiba sungai deras dan bot mereka karam, Selamat sempat berpaut namun Rama dihanyutkan arus deras dan dipercayai mati lemas. Selamat bertanggungjawab menjaga Raju iaitu anak Rama dan kambing miliknya. Pada mulanya, isteri Selamat iaitu Timah enggan menerima Raju menjadi anak angkatnya kerana berlainan bangsa dan budaya namun Selamat bersungguh ingin menjaga Raju.