Drama Mungkar

Mungkar

Saksikan drama bersiri Mungkar yang mengupas sikap-sikap ‘mungkar’ yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam masakini. Mungkar disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa pukul 6 petang di TV Alhijrah.

Mungkar

Tarikh Tayangan: 1 November 2022
Waktu Siaran: Isnin & Selasa, 6:00 petang
Rangkaian: TV Alhijrah slot Qalbu
Penulis Skrip: Amin Shakib, Raja Azidah Raja Jaafar
Pengarah: Wan Hussain Ismail
Produksi: Times United Industries Sdn Bhd

Watak Pelakon
Hairie Othman sebagai Murshid
Fiza Halim sebagai Zaleha
Jihaa Sham

Sinopsis Mungkar

Memaparkan permasalahan dalam masyarakat yang berkaitan dengan amalan yang membawa kepada kemungkaran, tanpa disedari atau tidak. Menerusi drama bersiri ini, ia mengupas sikap-sikap ‘mungkar’ yang memang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam masakini.

Episod 1
Kisah seorang dukun yang cuba mencabul pesakitnya dan memberi kesedaran masyarakat supaya tidak mempercayai kaedah perubatan yang bukan berlandaskan agama islam.

Episod 2
Mengisahkan pasangan suami isteri Ramli dan Yati yang membuka warung nasi lemak setiap hari namun rezeki bagaikan tidak kekal dalam simpanan. Mereka syak ada pihak yang busuk hati kerana hasad dengki. Mursyid dan isterinya Ajwa cuba membantu Ramli dengan beberapa idea baharu untuk memajukan perniagaannya. Dia tidak percaya dengan sebarang ilmu hitam sebaliknya mengajak kedua pasangan itu memulihkan hubungan dengan Allah SWT yang membuka pintu rezeki.

Episod 3 
Kampung Mursyid digemparkan dengan aktiviti ajaran sesat yang diketuai oleh wanita yang dikenali sebagai Ibu Rossa. Rosnah yang menyasarkan anak-anak gadis kampung menjadi pengikutnya mendakwa ajaran yang dibawanya mampu membawa mereka ke syurga melalui perkahwinan dengan 'wali' melalui pernikahan batin.

Episod 4
Mengisahkan Zainal seorang pegawai sebuah syarikat yang pernah terlibat dengan banyak rasuah dan bagaimana pengakhiran hidup Zainal jika beliau mungkar dan tidak cepat menginsafi perbuatan tersebut.