Drama Jesnita

Jesnita

Nantikan drama rantaian 40 episod bertajuk 'Jesnita' bakal ditayangkan di di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) mulai 7 November 2022. Drama terbitan Zeel Production dan diarahkan oleh Emi Suffian. Menampilkan pelakon popular tanah air seperti Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Nasha Aziz, Hafidz Roshdi, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Jesnita

Episod: 40
Tarikh Tayangan: 7 November 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Prima slot Tiara
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil, Sidek Ariff, Irwan Mansor, Nurul Hazrina
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Zeel Production

Watak Pelakon 
Intan Najuwa sebagai Jesnita
Yusuf Bahrin sebagai Rafael
Malek Mccrone sebagai Zaid
Fikry Ibrahim sebagai Zainal
Nasha Aziz sebagai Syafinaz
Nina Smith sebagai Dayana
Hafidz Roshdi sebagai Aidil
Rozita Che Wan sebagai Rosemila
Zachery Franz sebagai Fauzi
Aqil Taqee sebagai Iskandar
Fatiya Latiff sebagai Aurora
Ezaidi Aziz sebagai Salaam
Ani Maiyuni sebagai Seri
Putri Dellyna sebagai Bella
Lydia Saimon sebagai Hayati
Fendi Seman sebagai Pak Din
Mak Jah sebagai Mak Yam
Natasha Azizan sebagai Aina
Fiza Thomas sebagai Electra Marcos

Sinopsis Jesnita

Mengisahkan tentang Jenista yang merupakan seorang gadis yang menggilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status yang sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan, Zaid. Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja demi segala kemahuannya. Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita beralih pandangan kepada Rafael yang merupakan rakan niaga Zaid. Jesnita dan Rafael berkahwin namun drama menanti Jesnita termasuk isteri pertama Rafael, Dayana. Malah bekas ibu mertuanya, Syafinaz yang membencikannya kini berusaha untuk menjatuhkan Jesnita serta suami baharunya demi dendam tersemat di dalam hati seorang ibu yang dikhianati.

Jesnita