Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022)

Anugerah Seri Angkasa 2022

Bagi menghargai pemain industri seni Malaysia, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2022 kembali selepas enam tahun dengan tema ‘Kemuncak Kecemerlangan’. ASA 2022 mempertandingkan 72 kategori iaitu 43 kategori untuk TV dan 22 kategori untuk radio, selain turut menyediakan Anugerah Khas Juri serta Tokoh Anugerah Seri Angkasa.

ASA 2022 bakal diadakan dua hari berturut-turut pada 29 dan 30 Oktober di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Saksikan Anugerah Sri Angkasa 2022 pada 29 Oktober jam 9.00 malam dan Kemuncak Anugerah Seri Angkasa pada 30 Oktober 2022 jam 8.00 malam, secara langsung di TV2 atau secara maya di FB Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022

Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 - Hajah Fauziah Nawi
Anugerah Khas Juri - Halaqah (episod 7) : Bencana Muahasabahkah kita? 

Ketegori TV
  • Drama TV Terbaik - Pencipta Pegang Waktu (TV3)
  • Drama Bersiri TV Terbaik – Dukun Diva (Astro Citra) 
  • Pengarah Drama TV Terbaik - Zainorhisyam Samudin (Pencipta Pegang Waktu) (TV3)
  • Skrip Drama Radio Terbaik - Syikin Zauzi (Akhirnya Bahagia Meluruh) (NASIONALfm)
  • Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik - Eman Manan (Satu Kampung Dua Orang) (Astro Citra)
  • Pelakon Wanita Drama TV Terbaik - Khatijah Tan (Rabak) (TV3)
  • Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik – Hilal Azman (Amanat) (TV3)
  • Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik – Nabila Huda (Jeti) (TV3)
  • Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik – Phua Chandler (Howdy My Friends) (Astro Xiao Tai Yang)
  • Pelakon Komedi TV Terbaik – Noorkhiriah (Madu) (TV Okey) 
  • Dokumentari TV Terbaik - Social Playlist (Astro AEC)
  • Majalah TV Terbaik - Majalah 3 (Predator Darat) (TV3)
  • Bicarawara TV Terbaik – Lambaian Tidak Kesampaian (TV3)
  • Hiburan Muzikal TV Terbaik - Gegar Vaganza 7 (Astro Ria)
  • Komedi TV Terbaik - Sepahtu Reunion Live 2020 (Astro Warna)
  • Rancangan Agama TV Terbaik – Al Qariah (TV Al Hijrah) 
  • Rancangan Sukan TV Terbaik – Aksi (Episod 1) (TV1) 
  • Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik – Ustaz Kartun Dan Robojim (TV Al-Hijrah)
  • Animasi Tempatan TV Terbaik – The Five Elves: A New World (Astro Xiao Tai Yang)
  • Candawara (Gameshow) TV Terbaik – Panggung Memori (Astro Warna) 
  • Rancangan Realiti TV Terbaik – Hijrahkan Laguku (TV Al Hijrah)
  • Promo TV Terbaik – Lagu Cinta Kita 3 (TV3)
  • Pesanan Khidmat Awam (PSA) & Kapsul TV Terbaik - PSA Pencegahan Bunuh Diri (Berita RTM)
  • Montaj TV Terbaik – Fatkhul Aarif Hilaluddin (Berita Perdana) (RTM) 
  • Pengacara TV Terbaik - Fedtri Yahya (Jejak Rasul) (TV3)
  • Pengulas TV Terbaik – Rasdi Jumaat  (Laporan Harian Sukan Olimpik Tokyo 2020) (TV Okey)
  • Buletin TV Terbaik - Berita Perdana Edisi Khas Belanjawan 2021 (Yunus Mohd Noor) (Berita RTM)
  • Liputan Berita TV Terbaik – Faris Izzat Shahrudin & Andy Reza Rohadian (RTM) 
  • Laporan Khas Berita TV Terbaik – Kajang Bypas: Lebih Raya Atau Pusara (Mohammad Hilmi Hj. Ab Malik) (Astro Awani) 
  • Penyampai Berita TV Terbaik - Norliza Mohd Zain (Buletin Utama TV3)
  • Wartawan TV Terbaik - Mas Zharif Zhafri Abdul Azid (ICU Seluruh Negara Melebihi Kapasiti) (TV9)
  • Suntingan Rancangan TV Terbaik - Izhar Masuri (Capa Rengat Gulai Rawo) (TV1 RTM)
  • Penataan Cahaya TV Terbaik - Junaimeramfizal Rahmat (Berdua) (TV1)
  • Audio Rancangan TV Terbaik - Anugerah Meletop ERA 2020 (Astro Ria)
  • Pengimbangan Muzik TV Terbaik - Mohd Hawary Hanapiah (Berdua) (TV1)
  • Set TV Terbaik – Mohamad Izwan Munshid (Halaqah 2020) (TV3)
  • Tatarias TV Terbaik – Azri Haji Seman (Yang tersembunyi) (TV Okey)
  • Grafik TV Terbaik – Muhammad Aqil Aiman (Imbauan 2020) (TV9)
  • Kesan Khas TV Terbaik – Tuan Nazraififie Abdul Rahman (Halaqah 2021) (TV3) 

Kategori Radio
  • Drama Radio Terbaik - Anugerah Terindah (Salam FM)
  • Skrip Drama Radio Terbaik - Syikin Zauzi (Akhirnya Bahagia Meluruh) (NASIONALfm)
  • Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik - Beto Kusyairy (Anugerah Terindah) (Salam FM)
  • Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik - Lisdawati (Akhirnya Bahagia Meluruh) (NASIONALfm)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Radio Terbaik - SoFi Jikan (Nasional FM)
  • Pelakon Pembantu Wanita Drama Radio Terbaik – Kuna Muzani (Drama Prihatin Tandanya Sayang) (Selangor FM) 
  • Majalah Radio Terbaik – Untukmu Malaysia (Nasional FM)
  • Dokumentari Radio Terbaik – Cabaran Pendidikan Norma Baharu (Nasional FM) 
  • Bicarawara Radio Terbaik – Mukjizat Terangung (Salam FM) 
  • Hiburan Radio Terbaik - Raya Extravaganza (TRAXXfm)
  • Rancangan Interaktif Radio Terbaik – Dondang Sayang Warisan (Melaka FM)
  • Rancangan Agama Radio Terbaik – Tanyalah Ustaz Suffan (Sandakan FM)
  • Pesanan Khidmat Awam (PSA) & Kapsul Radio Terbaik - Sketsa Banjir dan Pindah (SABAHfm)
  • Promo Radio Terbaik – Promo Pentas (Best FM)
  • Penyampai Radio Lelaki Terbaik - Mohd Azlan Omar (Ruangan Pilihan Pendengar: Mestika Klasik) (Radio Klasik)
  • Penyampai Radio Wanita Terbaik - Azlina Kamarudin (Getaran Pagi) (NEGERIfm)
  • Pengulas Radio Terbaik – Rosdi Omar (Nasional FM) 
  • Penyampai Berita Radio Terbaik – Tan Xin Rui (988) 
  • Buletin Radio Terbaik – Utama Waktu Ini (Bernama Radio) 
  • Liputan Berita Radio Terbaik – Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong (Bernama Radio) 
  • Pengimbangan Audio Radio (Studio) Terbaik - Dokumentari Hijrah: Cahaya Sejernih Mata Air (IKIM FM)
  • Pengimbangan Audio Radio (Lokasi) Terbaik - Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong (BERNAMA Radio)

Kategori Media Sosial
  • Drama Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – Kampung Malar Deepavali (Astro Gempak)
  • Sketsa Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – Syawal Pertama (Asyik FM)
  • Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik - Sentiasa Di Sini (Astro Gempak)
  • Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – YouTube Buletin TV3 
  • Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik - Bunga Secret Garden (Astro Gempak)