Drama Tiada Maaf Buatmu

Tiada Maaf Buatmu

Nantikan drama bersiri Tiada Maaf Buatmu adaptasi daripada novel 'Maaf, Saya Tak Sengaja' karya Akira Dorayaki. Drama terbitan Suhan Movies & Trading diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Menampilkan kemunculan semula pasangan popular Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson 

‘Tiada Maaf Buatmu’ ditayangkan mulai 28 September 2022 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam secara eksklusif di slot MegaDrama, Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. 

Tiada Maaf Buatmu

Episod: 24
Tarikh Tayangan: 28 September 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria slot MegaDrama
Penulis Skrip: Azilah Wahab, Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Lagu OST: Hael Husaini - Sama Seperti Dulu


Watak Pelakon
Aiman Hakim Ridza sebagai Faiz Iqbal
Zahirah Macwilson sebagai Aina Cempaka
Hafreez Adam sebagai Mohsin
Sofia Dendroff sebagai Suzy
Watie Sadali sebagai Mariam
Wan Raja sebagai Burn
Haleeda sebagai Mak Safiah
Josiah Hogan sebagai Rashid
Dato Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Berahim
Hilal Azman sebagai Pak Malek
Wanns Ahmad sebagai Black
Ummar Dzariff sebagai Faiz
Zamarul Hisham sebagai Dato Mazlan

Sinopsis Tiada Maaf Buatmu

Mengisahkan seorang gadis bernama Aina Cempaka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual lima tahun dahulu, akibat daripada kegagalan abangnya dalam melangsaikan hutang dengan Black, seorang pemilik kelab malam.

Disebabkan kejadian itu, Aina Cempaka menjadi depresi selama berbulan-bulan. Dia berlari ke sebuah jambatan untuk melepaskan geram tetapi terjatuh ke bawah dan terhentak di permukaan batu.

Kehilangan Aina Cempaka menghasilkan khabar angin bahawa dia membunuh diri dan sudah meninggal. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Aina Cempaka sebenarnya koma dan keguguran. Dia juga hilang kesemua ingatannya.

Selepas kejadian itu, Aina Cempaka pergi ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan yang baharu dan tinggal bersama Suzy. Dia juga menerima tawaran untuk bekerja di Ibunda Corporation sebagai pembantu peribadi Faiz Iqbal.

Sejak itu, kerja-kerja Faiz Iqbal menjadi semakin terurus, membuatkan dia lebih bersemangat untuk ke pejabat. Lama-kelamaan, Faiz Iqbal menaruh hati kepadanya kerana dia berasa selamat apabila Aina Cempaka menjaganya memandangkan Aina Cempaka mempunyai perwatakan yang lasak dan ada ilmu mempertahankan diri.

Bukan itu sahaja, Aina Cempaka juga menjaga solatnya. Secara tidak langsung Faiz Iqbal semakin tertarik dengannya tanpa mengetahui hubungan kisah silam dan kaitan antara mereka berdua sebelum ini.

Siapakah Faiz Iqbal sebenarnya kepada Aina? Mampukah mereka bersama di sebalik sejarah hitam masing-masing?

Tiada Maaf Buatmu