Telefilem Satu Tong

Satu Tong

Saksikan telefilem khas sempena Hari Malaysia bertajuk 'Satu Tong' akan disiarkan pada 16 September 2022 di Astro Prima 105 pukul 12:00 tengah hari dan Astro Gemilang saluran 100 pukul 10:30 malam.

Satu Tong

Tarikh Tayangan: Jumaat, 16 September 2022
Waktu Siaran: (12:00 tengah hari - Astro Prima 105) (10:30 malam - Astro Gemilang 100)
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Playwright Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Elizabeth Tan, Andy Teh, Shah Iskandar, Nadia Aqilah

Sinopsis Satu Tong

Mengisahkan masalah yang sering dialami rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air. Keluarga Tan dan keluarga Karim sudah lama berjiran dan mengambil berat antara satu sama lain. Pada suatu hari, mereka mendapat berita akan berlaku gangguan air sementara akibat pencemaran sungai.

Ikatan kekeluargaan mereka yang teguh diuji apabila krisis air yang berpanjangan menyebabkan mereka hanya tinggal satu tong air sahaja untuk dikongsi bersama.