Drama Epilog 3 Naga

Epilog 3 Naga

Drama adaptasi novel ‘Epilog 3 Naga’ nukilan Kaz Ishak mengangkat genre aksi tentang dunia gengsterism bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam mulai 3 Ogos 2022 di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV.

Epilog 3 Naga

Episod: 24
Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 7:00 malam
Rangkaian: Awesome TV slot Dramatix
Penulis Novel: Kaz Ishak
Penulis Skrip: Kaz Ishak
Pengarah: Razif Ajiboy
Produksi: Layar Sutra Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Hazama Azmi sebagai Khalid
Syarul Ezani sebagai Fazarul
Shafiq ‘Stu’ Rosli sebagai Sean Abdullah
Juliana Evans sebagai Natasha
Atyka Jalil sebagai Sazlina
Katalina sebagai Sofea Ahmad
Faizal Hussien sebagai Azroy
Ridzuan Hashim sebagai Uncle Hussien
Marissa Yasmin sebagai Makcik Asmah
Sahronizam Noor sebagai Pakcik Zulkarnain
Along Eyzendy sebagai Black
Aman Nassim sebagai Chris

Sinopsis Epilog 3 Naga

Mengisahkan tentang kisah tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap. Fazarul, Khalid and Sean merupakan sahabat karib sejak kecil. Persahabatan, kisah cinta dan kasih sayang keluarga, disulam dengan kenakalan remaja yang mula membawa padah tatkala batas dilangkah.

Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, pasti akan kelihatan Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri.

Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama.

Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. Di manakah titik pengakhirannya?