Drama Melur Untuk Firdaus (TV3)

Melur Untuk Firdaus

Drama Melur Untuk Firdaus diadaptasi daripada novel My 'Rude' Wife karya Cik Nor Cinta bakal tayang di slot Lestary TV3 bermula 27 Mei ini. Diterbitkan oleh A-Ten Alliance, dibawah arahan Zamri Zakaria, mempertemukan gadingan pelakon utama Meerqeen dan Anna Jobling. Drama Melur Untuk Firdaus disiarkan di TV3 setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9.00 malam. Juga boleh ditonton di platform penstriman Disney+ Hotstar.

Melur Untuk Firdaus

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 27 Mei 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9.00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Novel: Cik Nor Cinta
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hasan
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: A-Ten Alliance Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Meerqeen sebagai Firdaus Iskandar
Anna Jobling sebagai Melur
Fimie Don sebagai Haris
Nesa Idrus sebagai Dee (Deana Rahilia)
Taib Zamannuri sebagai Raykal
Haleeda Mazlin sebagai Rohana
Zainon Ismail sebagai Nasaruddin
Tengku Sariza Tengku Muzaani sebagai Kamariah
Azhar Amir sebagai Kamarul
Hairi Safwan sebagai Zain
Hani Nazrina sebagai Lily
Farah Zanordin sebagai Dewi 
Sabrina Sharleen Sugiman sebagai Rania
Zac Zaky sebagai Hafiz
Qaseh Qhairiena sebagai Damia
Nazry Sahar sebagai Rasyid
Fatin Nur Azreen sebagai Maya
Crystalline Vyonne sebagai Iman 
Bella sebagai Sally
Farisha Saidi sebagai Badaria

Lagu Tema (OST)
Duka Disebalik Tawa - Puteri Khareeza

Sinopsis Melur Untuk Firdaus

Ibu bapa Firdaus Iskandar mahu dia berkahwin dengan Melur. Bagaimanapun, dia menentang perkahwinan itu kerana dia sudah mempunyai teman wanita bernama Dee. Ibu bapanya kemudian memberinya masa 48 jam untuk mendapatkan Dee mengahwininya. Bagaimanapun, Dee belum bersedia untuk terikat. Melur sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Firdaus dan sedih apabila mengetahui Firdaus tidak merasakan perkara yang sama. Namun dia sedaya upaya untuk memikat hatinya malah meletakkan 7 syarat yang perlu Firdaus patuhi agar Melur tidak mengganggu hubungannya dengan Dee.

Sinopsis Novel My Rude Wife

Rude? Bukan biadab. Bukan juga kasar. Tapi selamba.

Kahwin paksa? Itu mungkin cerita klise tetapi, bila dapat seorang isteri yang selamba, itu bukan klise lagi!

Sikap selamba Melur itulah yang membuatkan sikap jual mahal Firdaus surut perlahan-lahan.

Sikap selamba Melur itu jugalah yang telah mematahkan ego lelaki itu dan mula menyayanginya.

Namun, kesetiaan Firdaus terhadap Dee tidak juga goyah dan itulah yang membuatkan Melur pergi bersama hati yang kecewa.

“Abang kenalkan Diana, girlfriend abang.” - Firdaus

“Ooo... inilah Diana? What a pleasant surprise! Terujanya saya dapat jumpa Cik Diana.” - Melur

“I, Diana Rahila. Girlfriend Firdaus Iskandar.” - Dee

“I pula, Tengku Adriana Zulaika. Isteri kepada Firdaus Iskandar.” – Melur

Dengan adanya Harris Daniel di sisinya, mampukah Melur menyayangi Firdaus seperti dahulu?

“Tiga tahun bersama awak adalah momen-momen terindah buat saya. Malah, saya sanggup bayar untuk tahun-tahun seterusnya agar saya dapat terus bersama awak.” - Harris

Dan mampukah Firdaus membawa Melur pulang ke sisinya semula?