Telefilem Final Wish (TV2)

Final Wish tv2

Saksikan telefilem khas Tahun Baru Cina, Final Wish pada 31 Januari 2022, Isnin jam 9.00 malam di TV2.

Final Wish

Waktu Siaran: Isnin, 31 Januari 2022, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 - Drama On 2
Pengarah: Dato T.S Jeffry
Produksi: Pentas Wayang Production Sdn Bhd
Pelakon: Ramasundran, Farid Amirul, Kenji Sawahi, Azzahra, Kogila, Huiby Ngan, Kingsley Lee

Sinopsis Final Wish

Chong adalah seorang peniaga yang berjaya tetapi sentiasa bermuka masam dan cepat berang. Dia dimasukkan ke Hospital kerana kanser tahap 4. Di dalam wad dia ditempatkan sebilik dengan Ali dan Muthu yang masing-masing menghidapi kanser. Hubungan mereka mulanya tidak begitu baik. Ada saja pergaduhan kecil yang berlaku antara mereka. 

Namun, pada satu malam apabila Ali dan Muthu mendengar tangisan Chong, hati mereka sebak dan mula berkawan dengan Chong. Barulah mereka tahu bahawa Chong sebatang kara. Chong teringin sekali untuk menyambut Tahun Baharu Cina buat kali terakhir, lalu mengajak Ali dan Muthu untuk sambut bersama. Ali dan Muthu setuju. Tapi bagaimana mereka nak keluar dari hospital?