Filem Budak Kripto

Budak Kripto

Filem Budak Kripto arahan Din CJ akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 11 November 2021. Diterajui Zam Azmi dan Nurul Hida di samping barisan pelakon lain antaranya Allahyarham Mamat Khalid, Fahrin Ahmad, A Galak, Datuk David Arumugam dan Accapan. 

JUDUL : BUDAK KRIPTO
GENRE : Aksi
TARIKH TAYANGAN : 11 November 2021
PENULIS SKRIP : Adam Tahir
PENGARAH : Din CJ
PRODUKSI : A&S Pictures
PELAKON : Zam Azmi, Nurul Hida, Fahrin Ahmad, A. Galak, Liza Abdullah, Dato Arrumugam, Kazaar, Acappan, Yank Kassim, Fahrin Ahmad, Mamat Khalid, Dato TS Jeffrey, Allana Amir, Safiah Ibrahim, Dewa Sapri, Afifah Nasir

SINOPSIS BUDAK KRIPTO
Berkisar tentang kesungguhan dan semangat waja seseorang dalam memperbaiki kehidupannya.

Putra ymenguruskan skim wang cepat yang berkaitan dengan pelaburan emas. Malangnya pelaburan emas yang diusahakannya menemui kegagalan dan dia diburu oleh peminta hutang.

Tunangnya Elly (Afifah Nasir) berlalu pergi kerana dia gagal menyediakan wang hantaran perkahwinan mereka, manakala adik-beradiknya mula menjauhinya. Hanya ibunya (Liza Abdullah) masih terus menyokongnya.
 
Putra bertemu dengan seorang wanita bernama Mira (Nurul Hida) yang memperkenalkan kepadanya mata wang digital yang dipanggil Crypto. Dengan sokongan ibu tercinta dan Mira, Putra akhirnya berjaya.

LAGU OST
Sempurnakan Cinta - Ammal Bellamy