Drama Suara Hati (Astro Prima)

Suara Hati

Nantikan drama adaptasi novel 'Suara Hati' karya novelis Anis Ayuni akan disiarkan menerusi slot Tiara di Astro Prima mulai 19 Julai 2021. Dibintangi oleh Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz selaku teraju utama. Drama terbitan Global Station dibawah arahan Emy Suffian. Suara Hati bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105).

JUDUL : SUARA HATI
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 19 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara Astro Prima
PENULIS SKRIP : Farah Alya As’ari 
PENULIS NOVEL : Anis Ayuni
PENGARAH : Emy Suffian (Pyan Screw)
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Hanna Aqeela, Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Fazlina Ahmad Daud, Dato Seri Rezza Shah, Liza Rafar, Afzan A Rahman, Zera Hariz, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Farah Zainuddin Jaber Mistah

WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Harris
Hanna Aqeela sebagai Hani
Aidil Aziz sebagai Naim
Zera Hariz sebagai Suraya
Afzan A Rahman sebagai Amir
Qistina Khaled sebagai Sarah
Syahir Shafein sebagai Ramzi
Liza Rafar sebagai Sha
Fazlina Ahmad Daud sebagai Khaty
Shah Rezza sebagai Jo

LAGU TEMA (OST)
Lagu: Biar Aku Simpan
Artis: Bimasakti feat Oktovia Manrose
Komposer: Jim Bimasakti
Lirik: Harris Yusof

SINOPSIS SUARA HATI
Mengisahkan Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Harris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Hani kemudian diperkenalkan ibu bapanya dengan Naim, seorang pensyarah sambilan di universitinya. Hani dan Naim mula mesra apabila Naim mula menolong Hani untuk projek universiti Hani. Tetapi Hani hanya menganggap Amirul Naim hanyalah kawan biasa kerana Hani tahu, Naim dalam ada cita-cita untuk melamar teman wanitanya sebagai isteri.

Kebahagian Hani dengan Harris tidak berpanjangan apabila Harris dengan tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, dan terus membuatkan Hani kecewa. Hani yang kesedihan kerana kecewa dengan Harris, kemudian mula membuka pintu hatinya kepada Naim, yang juga baru gagal dalam percintaan.

Harris muncul semula, tetapi sudah terlewat kerana Hani sudah pun menerima cinta Naim. Perkahwinan Hani dan Naim bahagia untuk beberapa ketika, namun tragedi yang menimpa perkahwinan Hani dan Naim telah mula mematahkan semangat Hani untuk terus hidup. Di saat itu, Harris tiba-tiba muncul semula di dalam hidup Hani.


Suara HatiDrama Suara HatiSuara Hati 2