Bilal Gantian (TV1)

Bilal Gantian

Saksikan telefilem 'Bilal Gantian' lakonan Hafeez Mikail, Nasir Bilal Khan dan Sherie Merlis pada 17 April 2021 (Sabtu), pukul 9.00 malam di TV1.

JUDUL : BILAL GANTIAN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 17 April 2021, 9:00 malam  
SIARAN TV : TV1 (slot Panggung RTM)
PENULIS SKRIP : A. Wahid Nasir
PENGARAH : Amzari Amir
PRODUKSI : Ribuvision Enterprise Sdn Bhd
PELAKON : Hafeez Mikail, Nasir Bilal Khan, Sherie Merlis, Afzan A. Rahman, Nafiez Zaidi, Sheera Adora, Nik Ramly, Charlie Numan, Norazlina Ismail, Masita Md. Esa, Jamil Ab Manap

SINOPSIS BILAL GANTIAN
Azad yang gemar pulang lewat ke rumah kerana menghabiskan masa dengan hobi beliau bermain muzik di sebuah studio. Tabiat ini merisaukan ibu angkat beliau, Aishah. Dalam perjalanan pulang Azad hampir terlanggar Pak Habib yang ketika itu sedang menyeberang jalan raya untuk mengalunkan azan di sebuah surau berdekatan. Azad bertindak membantu menghantar Pak Habib hingga sampai di surau kampung. Dalam perjalanan Azad berkongsi kisah keluarganya kepada Pak Habib begitu juga Pak Habib yang seronok bercerita tentang latar belakang dirinya. Arwah ayah Azad, meninggal di Mekah 10 tahun lalu. 

Pak Habib menerangkan dia baru kembali ke kampung itu setelah 15 tahun berkelana. Dia pulang kerana mahu menguruskan jual beli pondok dan tanah kebunnya yang terbiar. Oleh kerana sakit kepalanya menjadi-jadi, dia mohon Azad menggantikannya  mengalunkan azan. Azad mengalunkan  azan subuh mengejutkan ketua kampung dan AJK surau.

Selepas solat kelibat Pak Habib hilang begitu sahaja. Siapakah Pak Habib? Apakah yang berlaku kepada Pak Habib?