Gerak Khas The Finale (TV3)

Gerak Khas The Finale

Drama Gerak Khas memasuki musim terakhir bakal disiarkan di TV3 bermula 4 Disember 2020. Diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran, drama Gerak Khas The Finale sebanyak 28 episod bakal menampilkan Datuk Yusof Haslam, Erra Fazira, Ungku Ismail, Norman Hakim, Izzat Mustaq, Salina Saibi dan Sheera Iskandar sebagai pelakon utama. Gerak Khas The Finale disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu, 10.30 malam di TV3. Juga boleh menontonnya secara percuma di aplikasi iQIYI atau www.iQ.com
 
JUDUL : GERAK KHAS THE FINALE
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 4 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Jumaat & Sabtu, 10:30 malam
SIARAN TV : TV3
KARYA ASAL : Datuk Yusof Haslam
PENGARAH : Datuk Yusof Haslam
PRODUKSI : Skop Productions Sdn Bhd
PELAKON : Datuk Yusof Haslam, Norman Hakim, Erra Fazira, C. Kumaresan, Abby Abadi, Salina Saibi, Ungku Ismail, Izzat Mushtaq, Sheera Iskandar, Deen Maidin, Farid Amirul, Z.Zambri, Shaharon Anuar, Siti Elizad, Dato Rahim Razali, Kismah Johari

WATAK PELAKON
Datuk Yusof Haslam sebagai DCP Datuk Helmi
Norman Hakim sebagai ACP Haris
Erra Fazira sebagai ASP Jeslina 
C. Kumaresan sebagai DSP Kumar
Abby Abadi sebagai DSP Aleeza
Salina Saibi sebagai ASP Salina
Ungku Ismail Aziz sebagai Inspector Daniel
Izzat Mushtaq sebagai Inspector Izzat
Sheera Iskandar sebagai Inspector Sheera 
Deen Maidin sebagai S.M Lingam
Farid Amirul sebagai Sub Insp Lim
Z. Zamri sebagai Sergeant Zaidi
SAC Shaharon Anuar sebagai SAC Saiful 

LAGU TEMA 
Lagu : Gerak Khas
Penyanyi : Roy/Ieda Majid
Ciptaan : PH limm 
Lirik : YK

SINOPSIS GERAK KHAS THE FINALE
Memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti rompakan, penculikan, penyeludupan, pembunuhan, penipuan, dadah dan sebagainya. 

EPISOD 1 - PELURU SESAT
Tiga lelaki bertopeng menyamun seorang mangsa dimesin ATM. Kebetulan Insp. Izzat dan S.I Lim berada berhampiran lalu cuba mengejar mereka. Salah seorang penyamun, Radhi menembak ke arah Insp. Izzat.

EPISOD 2
Insp. Izzat direhatkan dari sebarang tugasan ekoran kes kematian Radhi anak kepada Dato' Rizman. PDRM terus menghadapi tekanan apabila Dato' Rizman nekad untuk mendakwa Insp. Izzat dan PDRM.