Pendoa Yang Ikhlas (TV1)

Pendoa Yang Ikhlas

Saksikan telefilem Pendoa yang Ikhlas adaptasi daripada cerpen karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah terbitan DBP pada Ahad, 27 Oktober pukul 9 malam di TV1. 

JUDUL : PENDOA YANG IKHLAS
WAKTU SIARAN : Ahad, 27 Oktober 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Amin Mashyur
PENGARAH : Wan Afzam Wan Daud
TERBITAN : RTM & Dewan Bahasa dan Pustaka
PELAKON : Bohari Ibrahim, Adibah Noor, Zahiril Adzim, Fatimah Abu Bakar, Che Kem, Azman Hassan

SINOPSIS PENDOA YANG IKHLAS
Kehidupan Haji Tamin sebagai seorang imam dan jurunikah. Selain itu, beliau juga sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti politik. Urusan keluarga dan anak-anak digalas oleh isterinya yang sentiasa menyokong minat dan kecenderungan beliau. Akan tetapi, langit tidak akan selalu cerah. Apakah yang membuatkan Haji Tamin terlalu berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai imam & jurunikah?