
Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Semalam lakonan Janna Nick, Izzue Islam dan Khaty Azian pada hari Sabtu, 19 Oktober pukul 9:30 malam di TV3.
Dosa Semalam
Waktu Siaran: Sabtu, 19 Oktober 2019, 9:30 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah: Raja Mukhriz
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Khadijah
Izzue Islam sebagai Azlan
Khaty Azian sebagai Rosnah
Tasha Shila sebagai Munirah
Atiq Azman sebagai Adam
Muaz Fitri sebagai Mukhriz
Aishah Atan sebagai Kak Mun
Lagu: Teristimewa - Erul Samah
Sinopsis Dosa Semalam
Munirah terkejut di saat wasiat pembahagian harta dibacakan peguam. Muncul Khadijah dan anak lelakinya, Adam. Khadijah adalah isteri pertama arwah suaminya, Azlan. Perkahwinan Azlan dengan Khadijah tak direstui ibu Azlan, Rosnah kerana tidak setaraf. Jika Azlan tiada di rumah, Rosnah akan mendera Khadijah seperti hamba abdi.