Sinopsis Anak Perjanjian Syaitan (2019)

Anak Perjanjian Syaitan

Filem seram Anak Perjanjian Syaitan arahan Helmi Yusof mula ditayangkan di pawagam pada 24 Oktober 2019. Menampilkan pelakon seperti Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Azlan Komeng dan Sahronizam Noor.

TAJUK : ANAK PERJANJIAN SYAITAN
Tarikh Tayangan : 24 Oktober 2019
Skrip : Subroto Katimin
Pengarah : Helmi Yusof
Terbitan : Screen Studio Sdn Bhd
Pelakon : Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Azlan Komeng, Sahronizam, Jasmin Hamid, Mohd Zabri Ibrahim, Roslan Sallen, Attika Suhaimai, Badrul Muhayat

ANAK PERJANJIAN SYAITAN
Mengisahkan tentang Cikgu Zaidy (Nadzmi Adhwa) dan isterinya, Azlinda (Chacha Maembong) yang sudah tujuh tahun berkahwin, tetapi tidak mempunyai cahayamata. Mereka berdua sentiasa ditekan oleh ibu Cikgu Zaidy iaitu Puan Rahmah (Jasmin Hamid) seorang janda kaya kematian suami yang terlalu ingin menimang cucu. Cikgu Zaidy selalu didesak supaya berkahwin lain dan Azlinda sentiasa dicemuh oleh ibu mertuanya itu.

Kemudian Cikgu Zaidy memohon untuk berpindah tempat kerja supaya memperoleh ketenangan dan ditempatkan di sebuah kampong di daerah kelahiran arwah bapanya. Mereka tinggal di rumah pusaka nenek Cikgu Zaidy. Rumah pusaka yang terpencil dan menyeramkan itu dijaga oleh tukang kebun, Pak Man (Shahrulnizam Noor) dan sudah tidak didiami selama lebih lima tahun. 

Sejak berpindah ke rumah tersebut, Azlinda sering menerima gangguan berupa suara bayi dan kanak-kanak bermain yang sering menghantuinya sehingga dia histeria dan pengsan. Apabila dibawa ke klinik, Azlinda telah disahkan hamil oleh doktor.

Bagaimanapun, setelah disahkan hamil, Azlinda masih sering diganggu lagi, mimpi yang aneh dan perutnya yang tiba-tiba membesar secara luar biasa. Sehingga suatu hari semasa diganggu dia berlari keluar dan hampir dilanggar oleh jirannya yang ‘misteri’.