Keluarga Baha Don (Viu)

Keluarga Baha Don

Saksikan drama komedi Keluarga Baha Don yang membariskan pelakon  seperti Remy Ishak, Khir Rahman, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Jihan Muse, Mark Adam, Namron dan ramai lagi. Ditayangkan bermula 11 Julai 2019 menerusi laman hiburan atas talian, Viu.

JUDUL : KELUARGA BAHA DON
EPISOD : 10 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Julai 2019
PENULIS SKRIP : Fairul Nizam
PENGARAH : Syed Fariz
PRODUKSI : Anomalous Films
PELAKON : Remy Ishak, Khir Rahman, Sharifah Aleysha, Susan Lankester, Indi Nadarajah, Melissa Campbell, Jihan Muse, Sabri Yunus, Nam Ron, Ayu Azhari, Alvin Wong, Douglas Wong, Junji Delfino, Razak Ahmad, Mark Adam, Othman Hafsham
TONTON : Viu Malaysia

SINOPSIS KELUARGA BAHA DON
Mengisahkan tentang Jo Don (Remy Ishak), seorang chef yang bercita-cita untuk mengejar kemahiran memasaknya di Eropah. Jo Don mengalami dilema setelah kematian bapanya, Baha Don yang telah meninggalkan wasiat yang meminta Jo untuk mewarisi perniagaan keluarga. Tanpa dia sedari, ayahnya menggunakan perniagaan makanannya sebagai perantara untuk urusan haram dalam industri makanan. 

Drama ini turut diselitkan dengan kisah percintaan di antara Jo dan Kesuma (Jihan Muse), namun ibunya, Mama Don (Susan) mahukan dia berkahwin dengan anak kenalannya lakonan Melissa Campbell.

Adakah Jo mengambil alih perniagaan bapanya atau teruskan impiannya untuk bergelar chef seperti yang dicita-citakannya selama ini?