Sinopsis Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal

Filem animasi Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal bakal ditayangkan di pawagam bermula 21 Mac 2019. Filem yang menelan kos sebanyak RM 20 juta ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Menariknya filem ini turut mengetengahkan watak-watak dongeng seperti Bawang Putih Bawang Merah, Raja Bersiong, Belalang dan Mat Jenin. 

TAJUK : UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL
Tarikh Tayangan : 21 Mac 2019
Genre : Fantasi, Kembara, Keluarga
Idea Asal : Hajah Ainon Binti Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin, Aliya Nazlan 
Pengarah : Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid
Terbitan : Les' Copaque Production Sdn Bhd

SINOPSIS UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL
Mengisahkan bagaimana Upin dan Ipin bersama rakan-rakannya terperangkap dalam keris mistik yang dijumpai dalam bilik stor Tok Dalang dan terus membawa mereka ke sebuah kerajaan Inderaloka. Semasa mencari jalan kembali ke Kampung Durian Runtuh, mereka membantu memulihkan kerajaan itu kembali ke bekas kemuliaannya. Pengembaraan itu membawa mereka bertemu pelbagai watak dongeng popular tempatan antaranya Mat Jenin, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan Belalang.