Telefilem Dari Jauh (TV3)

Dari Jauh

Saksikan telefilem istimewa sempena Anugerah Lagu 33 bertajuk 'Dari Jauh' menampilkan lakonan  Ariff Bahran, Shiha Zikir, Sandra Dianne dan Syazwan Zulkifly. Akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu pukul 9 malam. 

JUDUL : DARI JAUH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 12 Januari 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekamara TV3
PENGARAH : Kyoll Hamzah
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Ariff Bahran, Shiha Zikir, Sandra Dianne, Syazwan Zulkifly, Azhan Rani, Shazzyra Edora

SINOPSIS DARI JAUH
Ketika zaman kecilnya, Erul suka melihat persembahan ibunya, penyanyi kumpulan band kahwin, The Kugirans yang diketuai bapanya. Dalam perjalanan untuk menjayakan persembahan majlis perkahwinan, anggota band itu terbabit dalam kemalangan dan semuanya terkorban.

Bermulalah episod baru dalam hidup Erul dan Emi apabila mereka terpaksa tinggal bersama Pakcu. Pakcu terlalu garang, pantang silap sikit pasti dipukul. Dua beradik itu tertekan dan akhirnya Erul mengajak Emi melarikan diri. Sejak itu, Erul dan Emi tinggal berdua. Mereka tiba di Kuala Lumpur dan hidup sebagai peminta sedekah serta penyanyi.

Apabila sudah dewasa, Erul bekerja di sebuah restoran sebagai tukang cuci pinggan manakala Emi pula bekerja di pasaraya. Erul gemar muat naik video nyanyian dia dan adiknya di YouTube. Pada mulanya tidak ramai yang menonton videonya namun akhirnya dia berjaya mendapat puluhan ribu pengikut di laman sosial itu.

Kemunculan Nasha, seorang instafamous mengajak Erul untuk berduet dengannya tanpa dia sedari adiknya Emi berkecil hati dengan Erul kerana memilih Nasha daripada dia.

LAGU TEMA / OST
Jagakan Dia - Shiha Zikir
Kata Akhirmu - Ariff Bahran
Bukan Bahagiaku - Kay Khydir
Demam Cinta - Haikal Farid feat Asfan Shah
Hasbi Rabbi - Ariff Bahran & Asfan Shah
Ku Tak Mahu Cinta - Sandra
Ku Coba - Huza Tahir
Hey Kau - Sandra

Pelakon Dari Jauh
Pelakon telefilem Dari Jauh