Sinopsis Polis Evo 2

Polis Evo 2

Filem Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw bakal ditayangkan di pawagam bermula 22 November 2018 ini. Filem ini diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew. Menampilkan gabungan pelakon 3 buah negara dimana daripada Malaysia menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Erra Fazira, Soffi Jikan, Shafiq Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Dennis Yin, Hairie Othman, Rusdi Ramli. Pelakon Singapura menampilkan Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan Fir Rahman. Manakala pelakon Indonesia dibintangi oleh Raline Shah, Mike Lucock dan Tanta Ginting.

TAJUK : POLIS EVO 2
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 22 November 2018
Pengarah : Joel Soh & Andre Chiew
Produksi : Astro Shaw & Blackflag Sdn Bhd
Pelakon : Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Jeff Catz, Hairul Azreen, Fir Rahman Dennis Yin

SINOPSIS POLIS EVO 2
Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.