,

Drama Isteri Untuk Disewa

November 04, 2018

Isteri Untuk Disewa

Nantikan drama adaptasi novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil yang bakal muncul dalam slot MegaDrama. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd dibawah arahan Osman Ali. Mempertemukan gandingan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah. Akan menemui penonton bermula 5 November, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

JUDUL : ISTERI UNTUK DISEWA
JUMLAH EPISOD : 24 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENULIS SKRIP : Mimie Zakaria, Farah Izzati
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Osman Ali
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar, Zaidi Omar, Dian P Ramlee, Hilal Azman, Badrul Muhayat, Aleza Shadan

WATAK PELAKON
Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana
Fattah Amin sebagai Noah Ryzal 
Halim Radzi sebagai Suffi Naufal
Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad
Harris Annuar sebagai Putera Raiyan
Lia Natalia sebagai Rhianna
Daniella Sya sebagai Natasha
Shah Kimin sebagai Bob
Nynaa Harizal sebagai Isabella
Daaim Jailani sebagai Ray
Zul Helmy sebagai Adnan
Nelissa Edreena sebagai Irdina
Sherry Aljeffri sebagai Tok Nek
Aleza Shadan sebagai Tengku Rhaniah
Rashidah Jaafar sebagai Irma
Kazar sebagai Imran

LAGU TEMA / OST
Fattah Amin - Isterimewa [ Link ]

SINOPSIS ISTERI UNTUK DISEWA
Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyewa dirinya yang tidak pernah dibuat orang lain. Ia dilakukan bagi menyara hidup sementara dirinya mendapat pekerjaan tetap.

Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Lebih parah apabila empat lelaki yang menggunakan perkhidmataannya itu mula jatuh hati kepada Nur. Selain Noah, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?

GAMBAR PELAKON
Isteri Untuk Disewa

Pelakon Isteri Untuk Disewa
Pelakon drmaa Isteri Untuk Disewa

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow