Surat Panjang Untuk Mak (TV3)

Surat Panjang Untuk Mak

Jangan lupa saksikan telefilem Surat Panjang Untuk Mak pada hari raya ke-4 pukul 9 malam di TV3. Telefilem arahan Along Kamaluddin membariskan pelakon seperti Syafie Naswip, Hamidah Wahab, Izreen Azminda, Syed Aima dan ramai lagi. 

JUDUL : SURAT PANJANG UNTUK MAK
TARIKH / MASA : Rabu, 28 Jun 2017, 9.00 malam
SIARAN : TV3 (Istimewa Syawal)
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan 
PENGARAH : Along Kamaluddin
TERBITAN : Layar Ceritera Sdn Bhd 
PELAKON : Syafie Naswip, Hamidah Wahab, Izreen Azminda, Syed Aiman, Syikin Kamal, Shuhanty Hanafiah, Putri Qaseh, Aisyah, 

SINOPSIS SURAT PANJANG UNTUK MAK
Segalanya bermula dengan panggilan telefon yang dibuat oleh Ehsan kepada adik-beradiknya untuk meminta mereka pulang melawat ibu mereka, Raudhah. Ehsan mendapat idea untuk menulis surat kepada ibunya. Malah, Ehsan juga mencadangkan adik-beradiknya untuk melakukan perkara yang sama. Setiap orang akan menulis sepucuk surat yang panjang untuk mengenang memori terindah bersama-sama dengan ibu tercinta. Mereka mula menghargai pengorbanan ibu mereka dan membuat keputusan untuk menghabiskan setiap hujung minggu bersama-sama dengan Raudhah. Raudhah menjadi lebih bahagia. Walaupun dia kini terlantar atas katil sebab kesihatan yang tidak mengizinkan, dia bersyukur dan gembira kerana sering ditemani oleh anak-anaknya.