
Saksikan drama bersiri 'Keturunan' bakal menemui penonton bermula 29 Jun 2026, disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah malam secara eksklusif di Tonton. Drama ini menyajikan kisah penuh emosi yang menggabungkan konflik keluarga, dunia korporat, percintaan, pengkhianatan serta misteri yang mengundang pelbagai persoalan.
Keturunan
Episod: 20
Tarikh Tayangan di Tonton: 29 Jun 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat
Penulis Skrip: Amin Shakib, Ib Nawawi, Sharina Nbj, Siti Solehah
Pengarah: Azmi Hata
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Syarul Ezani sebagai Haikal
Ruhainies sebagai Azira
Dato' Sri Shah Rezza sebagai Datuk Syed Razak
Hafidzuddin Fazil sebagai Datuk Jalal Alsagoff
Syazuwan Hassan sebagai Shazlan
Arash Mohd sebagai Nabil
Sharifah Shahora sebagai Halimah
Farahdhiya sebagai Zurina
Syed Aiman sebagai Nazrul
Zarul Husin sebagai Firdaus
Emelda Rosemila sebagai Kamelia
Azhar Sulaiman sebagai Kahar
Marisa Yasmin sebagai Adibah
Wan Raja sebagai Nizam
Zarynn Min sebagai Karisya
Shaza Bae sebagai Marisa
Scha Elinnea sebagai Melissa
Puteri Balqis sebagai Syifa
Amanda Tan sebagai Mona
Erin Abdullah sebagai Datin Sherry
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Noktah Epilog Cinta
Artis: Forteen x Izzue Islam
Komposer: Syahmi Muffins, Norman Abdul Halim
Lirik: Norman Abdul Halim
Sinopsis Keturunan
Kisah bermula dengan hubungan cinta Azira (Ruhainies) dan Haikal (Syarul Ezani) yang telah terjalin sejak zaman universiti. Hubungan mereka direstui kedua-dua keluarga yang sememangnya mempunyai pertalian rapat menerusi urusan perniagaan sejak bertahun-tahun lamanya. Azira merupakan cucu kepada Datuk Syed Razak (Datuk Seri Shah Rezza), pemilik syarikat perabot terbesar negara, SR Furniture Holdings, manakala Haikal pula cucu kepada Datuk Jalal Alsagoff (Hafidzuddin Fazil), pemilik empayar tekstil terkenal, Sutera Emas.
Hubungan mereka bukan sahaja menjadi perhatian masyarakat, malah dilihat sebagai simbol penyatuan dua keluarga korporat berpengaruh. Namun, segalanya berubah apabila majlis pertunangan mereka bertukar menjadi medan pertelingkahan yang memalukan. Dalam sekelip mata, pertunangan yang menjadi impian kedua-dua keluarga dibatalkan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan kecaman daripada netizen.
Di sebalik kemelut percintaan Azira dan Haikal, kedua-dua keluarga sebenarnya sedang bergelut dengan pelbagai konflik yang jauh lebih besar.
Datuk Jalal berdepan masalah kewangan syarikat yang semakin meruncing, manakala Datuk Syed Razak pula mula dihimpit oleh rahsia hitam yang disimpan sejak sekian lama. Dalam masa yang sama, perebutan kuasa dalam keluarga Jalal Alsagoff dan keluarga Syed Razak semakin memuncak apabila beberapa individu mula menyusun strategi untuk menguasai syarikat dan harta keluarga.
Kepercayaan bertukar menjadi pengkhianatan, kasih sayang bertukar menjadi dendam, manakala rahsia yang selama ini tersimpan akhirnya mula terbongkar satu demi satu. Mampukah Azira dan Haikal mempertahankan cinta yang telah dibina sejak sekian lama?