Peah Singa (TV9)

Peah Singa

Jangan lupakan saksikan telefilem komedi Peah Singa arahan Zamri Zakaria. Dilakonkan oleh Miera Liyana, Izzue Islam, Najwa P Ramlee dan Azzahra Ahmad. Akan ditayangkan di TV9 pada hari Isnin 6 Februari ini pukual 9 malam.

JUDUL : PEAH SINGA
TARIKH / MASA : Isnin, 6 Februari 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : 2606 Skyline Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Miera Leyana,  Ilya Buang, Azzahra Ahmad, Najua Pramlee, Aren Yunus

SINOPSIS PEAH SINGA 
Mengisahkan Peah, anak dara awal 30an masih belum berkahwin kerana sikapnya yang terlalu garang sehingga ditakuti ramai. Berbeza dengan Aifan yang berperwatakan lembut dan berhati sensitif. Peah sering membebel. Baginya ada saja benda tidak kena. Pak Ngah kepada Peah berjanji akan menolong Peah dengan menemukan Peah dengan Aifan. Peah dan Aifan telah disatukan selepas masing-masing tidak kisah untuk berkahwin dengan sesiapa pun.

Bagaimanapun kehidupan rumah tangga mereka tidak berjalan dengan normal dan sering bergolak kerana perbezaan karakter. Bahkan perkahwinan mereka turut menjadi bahan umpatan orang kampung. Namun satu peristiwa berlaku telah mengubah kehidupan mereka.