Hujan Panas Di Inderasabah (TV2)

hujan panas inderasabah

Saksikan telefilem Hujan Panas Di Inderasabah lakonan Izzue Islam dan Nad Zainal. Akan disiarkan hari Selasa ini, pukul 10.00 malam di TV2. Tonton online di myklik.rtm.gov.my 

JUDUL : HUJAN PANAS DI INDERASABAH
TARIKH / MASA : Selasa, 21 Februari 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Marlin Malalin
PENGARAH : Dato Jurey Latiff Rosli
TERBITAN : World Evolustion Brain / D'Smart Borneans Production
PELAKON : Nad Zainal, Izzue Islam, Zarina Zainordin, Marlin Malalin

SINOPSIS HUJAN PANAS DI INDERA SABAH
Kehidupan, nilai cinta serta pengorbanan seorang isteri dan juga ibu demi untuk anak-anaknya setelah berpisah dengan ayahnya.

Basir dan Mastura hidup sebagai nelayan di Inderasabah. Anak bongsu mereka disahkan menghidap penyakit hati dan tidak dapat hidup lama sekiranya tiada rawatan segera. Basir tertekan lalu bercerai dengan Mastura. Usaha Cikgu Lokman mendapat sokongan penduduk kampung dengan program kutipan derma untuk membantu Mastura. Basir cemburu dan dia bertindak menculik Cikgu Lokman. Apa yang berlaku seterusnya?