Isteri vs Tunang Raya (Astro)

Isteri vs Tunang Raya

Telefilem Isteri vs Tunang Raya akan disiarkan pada 2 Syawal nanti, jam 10 pagi di Astro Ria.  Menampilkan lakonan Hisyam Hamid, Scha Al-Yahya, Sharifah Sakinah, dan Redza Rosli. 

JUDUL : ISTERI VS TUNANG RAYA
TARIKH / MASA : Khamis, 7 Julai 2016, 10 Pagi
SIARAN : Astro Ria & Astro Ria HD
SKRIP : Ayuni Zamani
PENGARAH : Michael Ang
PELAKON : Hisyam Hamid, Scha Al-Yahya, Sharifah Sakinah, Redza Rosli, Liza Abdullah, Sharifah Shahora, Nina Nadira

SINOPSIS ISTERI VS TUNANG RAYA
Kemunculan Amira Irdina selepas 3 tahun mula membuatkan rumah tangga Alana Sofea dan Zaim Azfar bergoyang semula. Ini ditambah dengan tekanan yang dihadapi Alana yang masih cuba untuk hamil anak kedua namun belum kesampaian. Amira masih mahukan Zaim walaupun dia sudah bertunang dan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan semula Zaim.

Pelakon Isteri vs Tunang Raya
Pelakon telemovei Isteri vs Tunang Raya