Drama Jom Kahwin (HyppTV)

Drama Jom Kahwin

Saksikan drama bersiri terbaru terbitan ilmscape Sdn Bhd berjudul Jom Kahwin yang akan ditayangkan di HyppTV. Menampilkan gandingan Keith Foo dan Reen Rahim sebagai pelakon utama. Turut dibintangi oleh Bil Azali, Nadzmi Adhwa dan Ezzaty Abdullah. Drama romantik komedi ini diarahkan oleh Khabir Bhatia dan Norhanisham Muhamad. Ia bakal menemui penonton menerusi saluran HyppSensasi HD 116 bermula 11 Mac ini setiap hari Jumaat pukul 9 malam.

JUDUL : JOM KAHWIN
EPISOD : 15 episod
TARIKH / MASA : 11 Mac 2016, Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : HyppSensasi HD 116
PENGARAH : Khabir Bhatia & Norhanisham Muhamad
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Keith Foo, Reen Rahim, Ezzaty Abdullah, ‎Nadzmi Adhwa‬, Bil Azali, Jaslin Puasa, Tiaz Al Khred

LAGU TEMA / OST JOM KAHWIN
Lagu : Kamulah Wanita
Penyanyi : Nadzmi Adhwa
Muzik Video : https://youtu.be/YH7i881xX_8

VIDEO PROMO


SINOPSIS JOM KAHWIN
Mengisahkan empat orang adik beradik tinggal bersama di ladang itu. Mereka menjadi anak yatim piatu pada usia muda akibat tsunami yang mengorbankan kedua ibu bapa mereka. Adam (Keith Foo) sebagai anak sulung bertanggungjawab untuk menjaga tiga adiknya iaitu Chad (Bil Azali), Baim (Jaslin Puasa), dan Daniel (Nadzmi Adhwa). Demi mencari nafkah, keempat mereka berhenti sekolah dan mengambil keputusan untuk bekerja. Terpisah dari dunia moden, mereka membesar tanpa berpendidikan tinggi, tanpa bimbingan ibu bapa dan lebih banyak menghabiskan masa dengan haiwan ternakan mereka. Bagi mengubah cara hidup mereka, Adam mengambil keputusan untuk mencari seorang isteri yang boleh memasak dan membersihkan rumah. Siapakah gadis yang akan dia temui nanti? 

GAMBAR PELAKON

Jom Kahwin HyppTV
Empat beradik
Pelakon Jom Kahwin
Pelakon drama Jom Kahwin