
Saksikan filem Bisikan Nafsu mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 1 Oktober 2026. Filem ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Hello Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama A. Aida Production dan Mache Allstar United. Menampilkan Aniq Suhair dan Azeva selaku teraju utama, selain dibarisi pelakon seperti Zul Huzaimy, Aleza Shadan, Watie Sadali serta penampilan istimewa Siti Khadijah Halim dan Ameng Spring.
Bisikan Nafsu
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2026
Penulis Skrip: Kolonel Bersekutu (PA) Dato' A. Aida
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Hello Production, A. Aida Production & Mache All Star United
Watak Pelakon
Azeva Natassha sebagai Nadia
Aniq Suhair sebagai Arisz
Zul Huzaimy sebagai UR (Ustaz Romantik)
Aleza Shadan sebagai Alyssa
Raja Azmi sebagai Lola
Watie Sadali sebagai Aida
Ezzaty Abdullah sebagai Siti
Aishah Husna sebagai Kak Ma
Lan Siro sebagai Pak Soma
Siti Khadijah Halim
Ameng Spring
Sinopsis Bisikan Nafsu
UR merupakan Ustaz Romantik terkenal yang telah berkahwin dengan Alyssa yang mempunyai anak perempuan bernama Nadia. Tanpa pengetahuan Alyssa, UR rupa-rupanya adalah seorang playboy. Dalam diam UR juga telah menjalinkan hubungan dengan kawan baik kepada Alyssa iaitu Aida. Alyssa telah menangkap UR bersama Aida, tetapi disebabkan cinta yang tiada batasan, Alyssa telah memaafkan UR dan masih setia bersama.
Pada masa sama, Nadia juga telah menjadi mangsa UR dan telah dirogol berkali-kali. Akhirnya, Nadia telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan tunangnya dan cuba membunuh diri beberapa kali. Namun begitu, tunang Nadia iaitu Arisz tidak berputus asa dan masih setia menunggu Nadia dan cuba menyiasat apakah yang telah terjadi kepada Nadia. Ini kerana Nadia telah berubah menjadi seorang yang murung dan sanggup memutuskan pertunangan mereka.
