Poskad Cinta Dari Istanbul

Poskad Cinta Dari Istanbul

Saksikan telefilem Poskad Cinta Dari Istanbul ditayangkan di platform penstriman, UTV bermula pada 29 April 2026 pukul 9 malam. Telefilem ini adalah kesinambungan daripada 'Poskad Cinta Dari Auckland'. Membariskan pelakon seperti Fattah Amin, Amira Othman, Nora Danish, Sherry Alhadad, Bell Ngasri dan Ajai.

Poskad Cinta Dari Istanbul

Tarikh Tayangan: 29 April 2026
Platform Penstriman: UTV
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Seventy One Studios

Watak Pelakon
Fattah Amin sebagai Din
Amira Othman sebagai Mira
Nora Danish sebagai Effa
Sherry Alhadad sebagai Anggun
Bell Ngasri sebagai Bell
Ajai sebagai Mehmet

Sinopsis Poskad Cinta Dari Istanbul

Mengisahkan kehidupan pasangan baharu, Mira dan Din, yang diuji apabila Mira menerima sekeping poskad misteri dari Istanbul bertanda huruf “E”. Perjalanan mereka ke Istanbul menemukan Mira dengan Effa iaitu cinta pertama Din yang sedang berdepan ujian hidup. Pertemuan itu membuka kembali kisah silam, sekali gus menguji kepercayaan dan kesetiaan pasangan tersebut.