Camar Poelang (TV1)

Camar Poelang

Saksikan telefilem khas sempena sambutan Hari Bapa berjudul 'Camar Poelang' akan mengisi slot Panggung RTM pada 20 Jun ini, pukul 9.00 malam di TV1 dan RTMKlik.

Camar Poelang

Waktu Siaran: Sabtu, 20 Jun 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Ares Bahar
Pengarah: Zairol Fahmee Khairuddin
Produksi: Unit Drama TV RTM

Watak Pelakon
Wan Raja sebagai Zahir
Faha Azhar sebagai Akil
Ku Farisah sebagai Orked
ArielGanu sebagai Abe Leh
Yaacob Aziz sebagai Pak Soh
Azizah Mahzan sebagai ibu Zahir
Razzuan Rosli sebagai Halim

Sinopsis Camar Poelang

Mengisahkan Zahir, seorang penulis yang mencari ketenangan di sebuah kampung nelayan terjebak dalam kisah penuh fitnah, kasih sayang dan pengorbanan apabila seorang anak istimewa, Akil telah dituduh cuba memperkosa Orked, gadis yang paling rapat dengannya. Orked koma akibat kejadian itu yang membuatkan Halim, salah seorang pemuda kampung yang cintanya tidak dibalas oleh Orked menabur fitnah. Halim menuduh semuanya angkara Akil.

Sementara itu si ayah, Pak Soh yang amat menyayangi Akil berjuang untuk membuktikan kebenaran anaknya itu tidak bersalah. Rentetan tragedi yang menimpa keluarga itu bukan sahaja menggoncang seluruh kampung, tetapi akhirnya membuka mata Zahir tentang makna sebenar kasih sayang hingga kisah yang diciptanya menjadi cermin kepada hidupnya sendiri.